‘MONSTER BEACH’ BAKAL MELANDA CARTOON NETWORK APRIL INI



Musim panas pasti menjadi lebih menyeronokkan dengan percutian tropika mengagumkan yang akan anda terokai di Monster Beach, siri komedi baru yang bakal ditayangkan secara perdana pada Sabtu, 25 April, 6.30petang di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635).

Episod baru akan dtayangkan pada hujung minggu, pada waktu yang sama. Jom ketahui sama ada adik beradik peluncur ombak, Jan dan Dean akan menikmati pengalaman yang manis – atau pahit- sewaktu cuti musim panas mereka!

Ditulis dan diterbitkan di Australia, siri ini dianimasikan oleh Inspidea, sebuah studio yang berpengkalan di Malaysia dan yang pernah menganimasikan beberapa rangkaian animasi original Cartoon Network termasuklah Mighty Magiswords.

Monster Beach di Cartoon Network mengisahkan pengembaraan adik beradik peluncur ombak Jan dan Dean. Dengan menikmati percutian musim panas tanpa batasan, mereka meluangkan masa bergembira di pulau Iki-Iki dan bersantai bersama dengan bapa saudara mereka. Kehadiran sekumpulan raksasa yang nakal dan suka berseronok, menambahkan keriangan.

Bersama teman-teman yang kelakar lagi nakal, mereka mengembara di sekitar pulau mencari dan membongkar misteri peluncur ombak lagenda dan menghalang si jahat dari menceroboh keseronokkan mereka. Monster Beach kini pasti lebih menggembirakan dari percutian tropikal yang biasa. Lagipun, kehidupan bertukar menjadi pengembaraan apabila kawan-kawan baik anda merupa sekumpulan raksasa yang keperibadian comel dan menarik!


Siri ini sudah tentu akan menjadi hit dari episod pertama!

Saksikan rancangan ini pada hujung minggu bermula dari Sabtu, 25 April, 6.30petang di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635).


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM