CITARASA ASIA YANG ENAK DI PAVILION KUALA LUMPUR

Teppanyaki

Jika anda ingin menjamu selera dengan hidangan Asiadalam suasana santai, berkunjunglah ke Aras 1, Pavilion KL untuk menikmati pelbagai jenis makanan Asia dari restoran-restoran kasual yang terkenal seperti Gami Chicken, Go Noodles, HK Boy Cart Noodle, KD Hong Kong, Tan Tan Noodles Kitchen dan Teppanyaki.

TEPPANYAKI (pork-free) 
Diasaskan sejak tahun 1984, restoran keluarga yang menghidangkan makanan Jepun yang dimasak di atas dapur plet besi kini bersedia menerima kunjungan anda di Pavilion KL. Nikmati pilihan teppanyaki yang enak termasuk ayam, daging, udang, salmon dan sotong, yang dihidangkan bersama bawang puith dan taugeh goreng. Jangan lupa untuk mencuba hidangan sampingan seperti gyoza, chawanmushi, sup miso soup  dan pemanis mulut jeli.


GAMI CHICKEN (pork-free) 
Gami Chicken kini di Malaysia! Berasal dari Melbourne, Australia, Gami Chicken adalah sebuah rstoran ayam goreng Korea yang popular di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di Melbourne. Gami Chicken menawarkan ayam goreng yang panas-panas dari dapur yang diidangkan dengan pilihan sos likat yang pedas, cili manis atau kicap bawang putih yang diimport khas dari Australia. Hidangan lain yang harus dicuba adalah corn cheese, kimchi pancake, potato heaven, nasi goreng kimchi dan banyak lagi.


Swiss chicken chop rice

HK BOY CART NOODLE (non-halal)
Berasal adri Hong Kong, HK Boy Cart Noodle membawakan hidangan mi yang dijaja dengan kereta sorong yang popular di era 1950an ke Pavilion KL. Salah satu hidangan signature restoran ini adalah La Za Noodle dengan ramuan tradisional. Menu hidangan popular yang lain termasuk bebola ikan kari, Swiss chicken chop rice with fried egg dan teh ais.


TAN TAN NOODLES KITCHEN (non-halal) 
Berasal dari South Korea, Tan Tan Noodles Kitchen membawakan hidangan gerai jalanan Korea yang popular ke Pavilion KL. Kedai ramen ini menampilkan resepi sup tulang khinzir yang direbus lebih 6 jam untuk citarasa yang sebenar.



GO NOODLE HOUSE (non-halal) 
Go Noodle House diasaskan oleh tiga sekeluarga dari Malaysia dan mereka telah  menjadikan resepi turun-temurun kepada citarasa yang digemari ramai. Berkonsepkan "murah dan sedap", restoran ini menampilkan hidangan signatur Bursting Meatball Noodles in Superior Soup yang menggunakan wain beras kuning, Shao Xing Hua Diao Jiu untuk menambahkan perisa sup.



KD HONG KONG (non-halal) 
KD Hong Kong menghidangkan makanan ala Hong Kong yang disediakan oleh chef-chef yang mempunai lebih 15 tahun pengalaman. Antara hidangan yang harus dicuba adalah roast duck baked rice, crispy chicken wonton noodles dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pavilion-kl.com, ikuti laman Instagram  https://www.instagram.com/pavilionkualalumpur/ atau hubungi talian 03 2118 8833.




Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI