#JANGANKELUAR KONSERT ONLINE STREAMING DI YOUTUBE 19 APRIL
Universal Music Malaysia akan melangsungkan Konsert Online streaming pada 19th April (Ahad) ini di Youtube channel Universal Music Malaysia yang akan bakal menampilkan barisan artist dari #JANGANKELUAR.
Semasa konsert ini berlangsung, orang ramai dianjurkan untuk menderma kepada dana Covid-19 di Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau secara ringkasnya dinamakan Dana P.K.P Siti Nurhaliza.
Terdapat tiga objektif di dalam dana ini:
1. PEDULI- Membantu dapatkan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid-19 (PPE, topeng muka dan sarung tangan)
2. KEMANUSIAAN- Membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik.
3. PRIHATIN- Bantuan khas sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan kurang kemampuan serta rumah-rumah kebajikan.
Sebagai langkah permulaan, kami mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli iaitu sebanyak RM50,000. Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan disalurkan.
Bagi warganegara Malaysia yang berhasrat untuk menyumbang, anda boleh layari laman web rasmi Kitafund di www.kitafund.com dan pilih kempen ‘Dana P. K. P Siti Nurhaliza’. Bagi memudahkan pencarian kempen, anda juga boleh memasukkan kata kunci ‘siti nurhaliza’ atau terus ke link ini: https://kitafund.com/?r=-Y8-F6jWR
Seterusnya, klik butang Sumbang dan pilih cara pembayaran samada menggunakan Perbankan Atas Talian (Online Banking), Kad Kredit/Debit/PayPal, ataupun E-Wallet (Boost/GrabPay/Touch ‘n Go). Bagi yang berhasrat untuk menyumbang tetapi menetap diluar Malaysia, anda boleh memilih PayPal sebagai mod pembayaran.
Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini:
1. Tekan butang “Sponsor”
2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan
3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).
4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini
5. Tekan butang “Sponsor”
6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.
7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga.
Untuk maklumat tentang konsert ini sila klik DI SINI.
Untuk maklumat tentang konsert ini sila klik DI SINI.
Tentang lagu #JANGAN KELUAR
Bagi menyokong saranan kerajaan itu, syarikat rakaman Universal Music tampil dengan projek khas menerusi lagu berentak hip hop, #JANGANKELUAR. Menariknya, projek berbentuk kempen ini menggabungkan 17 penyanyi yang berbeza dari segi genre dan latar belakang muzik dalam satu lagu. Antara yang terbabit ialah Shila Amzah, Yonnyboii, Hafiz Hamidun, Rabbit Mac, Shalma Eliana, Sophia Liana, Alvin Chong dan Bella Astillah.
Turut serta, Luca Sickta, Kmy Kmo, Tuju, Kowachee, ASYRFNSIR, Abubakarxli, Siqma, Dolla dan Malik Abdullah. Kesemua penyanyi melakukan rakaman di rumah dan tempat sendiri sebelum digabungkan menjadi sebuah lagu.
Malah, setiap penyanyi juga sudah ditetapkan ‘key’ mengikut bahagian masing-masing yang perlu dinyanyikan. Berkongsi mengenai #JANGANKELUAR, Luca Sickta berkata, ia adalah pesanan untuk orang ramai supaya patuh dengan perintah berkurung dalam menghentikan jangkitan rantaian Covid-19.
Lagu #JANGANKELUAR ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 14 APRIL 2020
Comments
Post a Comment