LEE MIN-HO BAKAL BINTANGI 'THE KING: ETERNAL MONARCH'



Netflix bakal membawakan sebuah siri Korea baharu berjudul The King: Eternal Monarch. Siri cinta fantasi ini berkisar di dalam dua buah alam yang selari, satu di zaman monarki silam, dan satu lagi di zaman masakini di Korea. Lee Min-ho bakal membawa watak Emperor Lee Gon dan Kim Go-eun bakal memainkan peranan detektif Jung Tae-eul.

Emperor Lee Gon berusaha untuk melawan kuasa kejahatan dan mencuba untuk menutup pintu yang menghubungkan dua alam tersebut. Baginda dibantu oleh Detektif Jung Tae-eul, untuk menyelamatkan nyawa rakyat.

The King: Eternal Monarch bakal disiarkan melalui Netflix mulai 17 April jam 10.30 malam, dengan episod mingguan pada setiap Jumaat dan Sabtu.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2

SENTUHAN KASIH “SUPER MUMMY” WANY HASRITA: SELAMI REALITI INDAH DUNIA KEIBUAN MENERUSI OH MUMMY!+ MULAI 5 JULAI INI