MILO ANJUR RUTIN KECERGASAN RENTAK AKTIF SECARA ‘LIVESTREAM’
Juan Aranols, Ketua
Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad merupakan antara ribuan di rumah
yang menyertai sesi MILO® Rentak Aktif Senam Aerobik secara ‘livestream’
(penstriman langsung) menerusi laman Facebook MILO® Malaysia pada Ahad, 12
April, menjelang minggu kelima Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
MILO® Rentak Aktif
Senam Aerobik merupakan siri kelas kecergasan atas talian yang diadakan pada setiap
hujung minggu bagi menggalakkan rakyat Malaysia kekal aktif sementara berada di
rumah sepanjang tempoh PKP. Sesi Ahad lalu yang merupakan sesi kedua MILO®
Rentak Aktif Senam Aerobik meneruskan inisiatif MILO® Aktif Negaraku berkongsi kebaikan
sukan serta menerajui gaya hidup aktif untuk semua rakyat Malaysia.
Aranols berkata
MILO® bukan sahaja berusaha memberikan inspirasi serta sokongan kepada rakyat
Malaysia untuk mengorak langkah pertama ke arah gaya hidup aktif, tetapi juga
menyedarkan mereka bahawa gaya hidup aktif seharusnya diteruskan dalam norma
baharu PKP.
“Kami berasa teruja
kerana dapat berkongsi cara untuk membantu rakyat Malaysia kekal aktif dalam tempoh
ini. Kesihatan dan kesejahteraan haruslah dijaga, terutamanya sekarang sepanjang
kita berada di rumah, baik mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak ataupun yang
telah mempunyai rutin tersendiri untuk kekal aktif.”
Aranols disertai
keluarganya yang seronok mengikuti sesi tersebut. “Dengan adanya kecanggihan media
sosial, walaupun berjarak jauh antara satu sama lain, kami berjaya menyatukan rakyat
untuk kekal aktif. Kebaikan MILO® tidak dapat dipisahkan daripada kebaikan
sukan. Justeru, kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia betapa mudahnya
untuk mengamalkan gaya hidup aktif.”
Tambahnya, sebagai pengamal
gaya hidup aktif, beliau memahami cabaran rakyat yang ingin kekal aktif dan
cergas dalam tempoh PKP. “Dalam kita bersabar menunggu tempoh PKP tamat serta pihak
berkuasa mengesahkan selamat untuk kita bergerak aktif di luar rumah,
sama-samalah kita memanfaatkan MILO® Rentak Aktif. Semasa berada di rumah, saya
menggalakkan semua supaya mengamalkan rutin kecergasan secara tetap.”
Kelas berdurasi sejam
ini dikendalikan oleh jurulatih kecergasan Annie Tan, Shafiq Mickey, Sheena
William, dan Vivien Lee yang masing-masing berkongsi dua rutin kecergasan yang
mudah diikuti. Mereka memulakan sesi dengan rutin MILO®
Rentak Aktif mengikut rentak lagu
MILO® Aktif Negaraku yang penuh bertenaga bagi menyuntik semangat gaya hidup
aktif.
Sekiranya anda terlepas
mengikuti sesi minggu lalu, anda masih boleh mengikutinya di laman acara Facebook MILO® Malaysia, atau
menyertai Facebook ‘livestream’ yang berikutnya pada Ahad ini, 19 April bermula
jam 4.30 petang.
Serentak sepanjang
tempoh PKP, MILO® Malaysia juga menganjurkan #ZonAktifMILO menerusi media
sosial, satu lagi cara yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengubah ruang
rumah mereka menjadi Zon Aktif untuk diri sendiri dan keluarga. Ikuti MILO®
Malaysia di Facebook serta Instagram
untuk maklumat lanjut.
Comments
Post a Comment