“ONE WORLD : TOGETHER AT HOME” DI JOOX MUSIC PADA 19 APRIL



JOOX Music, platform pentstriman muzik serantau terkemuka , dengan berbesar hati mengumumkan bahawa One World: Together At Home - yang disiarkan secara global dan khas untuk menyokong perjuangan menentang pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekarang. Acara ini akan disiarkan di JOOX Music di Malaysia Hong Kong, Macau, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Afrika Selatan secara serentak pada 19 April ini.

‘One World: Together At Home’ – 6-jam Penyiaran Digital Khas:
Malaysia: 2am - 8am, 19 April

Hong Kong dan Macau: 2am - 8am, 19 April

Indonesia: 1am - 7am, 19 April

Thailand: 1am - 7am, 19 April

Myanmar: 12.30am - 6.30am, 19 April

South Africa: 8pm - 2am, 18 April


‘One World: Together At Home’ – 2 jam Penyiaran Khas:
Malaysia: 8am, 19 April

Hong Kong dan Macau: 8am, 19 April

Indonesia: 7am, 19 April

Thailand: 7am, 19 April

Myanmar: 6.30am, 19 April

South Africa: 2am, 19 April

Kempen ini dilancarkan oleh organisasi advokasi antarabangsa Global Citizen, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), One World: Together At Home akan menunjukkan perpaduan semua orang yang terdampak dari pandemik COVID-19, selain itu ianya juga bertujuan untuk meraikan dan menyokong pekerja kesihatan barisan hadapan yang berani dan tulus hati menjalankan tanggungjawab mereka demi menyelamatkan nyawa pesakit. 

Dengan Kerjasama dan sokongan yang di berikan oleh artis artis terkemuka dunia seperti Lady Gaga, One World: Together At Home juga akan menyertakan persembahan dan penampilan artis artis terkemuka dunia lainnya seperti Adam Lambert, Alicia Keys, Amy Poehler, Andra Day, Andrea Bocelli, Angèle, Anitta, Annie Lennox, Awkwafina, Becky G, Ben Platt, Billie Eilish, Billie Joe Armstrong of Green Day, Billy Ray Cyrus, Black Coffee, Bridget Moynahan, Burna Boy, Camila Cabello, Cassper Nyovest, Céline Dion, Charlie Puth, Chris Martin, Christine and the Queens, Common, Connie Britton, Danai Gurira, David & Victoria Beckham, Delta Goodrem, Don Cheadle, Eason Chan, Eddie Vedder, Ellen DeGeneres, Elton John, Erin Richards, Finneas, Heidi Klum, Hozier, Hussain Al Jassmi, Idris and Sabrina Elba, J Balvin, Jack Black, Jack Johnson, Jacky Cheung, Jameela Jamil, James McAvoy, Jason Segel, Jennifer Hudson, Jennifer Lopez, Jess Glynne, Jessie J, Jessie Reyez, Jimmy Fallon, Jimmy Kimmel, John Legend, Juanes, Kacey Musgraves, Keith Urban, Kerry Washington, Kesha, Lady Antebellum, Lady Gaga, Lang Lang, Leslie Odom Jr., Lewis Hamilton, Liam Payne, Lili Reinhart, Lilly Singh, Lily Tomlin, Lindsey Vonn, Lisa Mishra, Lizzo, LL Cool J, Lola Lennox, Luis Fonsi, Lupita Nyong’o, Maluma, Maren Morris, Matt Bomer, Matthew McConaughey, Megan Rapinoe, Michael Bublé, Milky Chance, Naomi Osaka, Natti Natasha, Niall Horan, Nomzamo Mbatha, Oprah Winfrey, Paul McCartney, Pharrell Williams, P.K. Subban, Picture This, Priyanka Chopra Jonas, Rita Ora, Sam Heughan, Sam Smith, Samuel L Jackson, Sarah Jessica Parker, Sebastián Yatra, Shah Rukh Khan, Shawn Mendes, Sheryl Crow, Sho Madjozi, Sofi Tukker, Stephen Colbert, Stevie Wonder, Superm, Taylor Swift, The Killers, Tim Gunn, Usher, Vishal Mishra and Zucchero. 

Poshu Yeung, Naib Presiden, Kumpulan Perniagaan Antarabangsa, Tencent menyatakan, “Sebagai platform penstriman muzik serantau terkemuka, JOOX Music berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif global ini yang akan menyatukan pencipta muzik, peminat muzik dan semua orang di seluruh dunia dalam usaha bersama untuk mengalahkan corona virus, yang juga menyokong pekerja kesihatan barisan hadapan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kami bersama dengan semua pencinta muzik di Malaysia, Hong Kong, Macau, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Afrika Selatan berdiri bersama-sama mereka dengan segenap hati kami semasa kami tinggal dan duduk di rumah, dengan menggunakan muzik sebagai alat universal dalam memerangi penyebaran COVID-19.” 

One World: Together At Home bukanlah telethon - ia merupakan peristiwa penyiaran global pertama dan bersejarah untuk meraikan usaha usaha heroik pekerja kesihatan barisan hadapan dan juga untuk menyokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam perjuangan global dalam mengatasi COVID-19. Siaran ini akan memaparkan kisah dari pekerja kesihatan barisan hadapan dalam memerangi COVID, komitmen dari dermawan, kerajaan dan syarikat yang menyokong dengan melengkapkan keperluan keperluan pekerja kesihatan barisan hadapan di seluruh dunia, seperti penutup mulut, pakaian pekerja kesihatan dan peralatan penting lainnya, tidak dilupakan juga juga kepada badan badan kebajikan tempatan yang menyediakan makanan, tempat tinggal , dan penjagaan kesihatan kepada mereka yang paling memerlukannya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Global Citizen dan kempennya untuk menyokong Dana Solidariti COVID-19 untuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang di berikan kuasa oleh PBB, dengan melawati laman sesawang www.globalcitizen.org dan ikuti @GlblCtzn di Twitter, Facebook dan Instagram dengan menggunakan hashtag #GlobalCitizen. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tindak balas WHO terhadap Tabung Solidariti dan COVID-19, sila kunjungi laman sesawang www.who.int/COVID-19 dan ikuti @WHO di Twitter, Facebook, Instagram dan LinkedIn. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk memberi sokongan dan mengambil tindakan lanjut, lawati www.globalcitizen.org/togetherathome

Akan lebih banyak muzik, acara dan program pada tahun 2020 yang akan dibawakan kepada anda oleh JOOX! 

Nikmati muzik kegemaran anda dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun JOOX di telephone bimbit dan desktop melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau JOOX website, atau mengakses laman web JOOX website

Nota: Anda juga boleh menyaksikan program istimewa ini pada April 19 jam 8 pagidi saluran National Geographic (Astro channel 571 dan 551 (HD) / unifi TV channel 508) .

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO