OYO SEDIA MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA UNTUK KUARANTIN DIRI



OYO Malaysia dan rakan kongsinya di seluruh negara telah tampil untuk membantu ribuan rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dan memerlukan ruang penginapan bersih untuk menjalani kuarantin diri dengan menawarkan diskaun antara 50-60% di semua hartanah miliknya di Malaysia, dengan kadar permulaan serendah RM19 semalam. 

Berkuat kuasa serta-merta, OYO turut menawarkan beberapa pakej penginapan untuk tempoh yang panjang iaitu selama 7 hari (RM450), 14 hari (RM800) dan 30 hari (RM1,500). Rangkaian hotel berkenaan sentiasa sedia menerima tempahan dan daftar masuk di Malaysia daripada tetamu tempatan yang bertugas untuk perkhidmatan penting serta tetamu asing di sepanjang tempoh PKP. 

Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi OYO Careline di +6012-296 8682 atau dengan menghantar e-mel kepada corporate.my@oyorooms.com 24 jam sehari, 7 hari seminggu. 

OYO Malaysia membuat tawaran berkenaan sebagai maklum balas kepada keperluan untuk lebih banyak lagi pusat kuarantin di negara ini bagi memenuhi kepulangan kira-kira 40,000 rakyat Malaysia dari seluruh dunia ke tanah air dan memerlukan mereka untuk menjalani kuarantin mandatori selama 14 hari. Jumlah tersebut dijangka meningkat secara mendadak dalam tempoh yang terdekat apabila lebih ramai rakyat Malaysia yang bekerja dan tinggal di Singapura kembali ke tanah air ekoran keputusan republik itu untuk mengenakan perintah berkurung selama sebulan bagi mengekang pandemik Covid-19. Ketika ini, mereka yang kembali dari Singapura dan tidak mempunyai sebarang simptom dikehendaki menjalani kuarantin diri selama 14 hari, manakala mereka yang mempunyai simptom akan disaring dan dimasukkan ke hospital jika disahkan positif Covid-19. 

Setakat ini, kerajaan Malaysia telah membuka 90 pusat kuarantin di seluruh negara; namun sekurang-kurangnya 409 pusat kuarantin diperlukan bagi menangani kepulangan rakyat yang besar jumlahnya. 

Tawaran serupa turut diberikan kepada tetamu asing yang terkandas di Malaysia serta para petugas perkhidmatan penting yang menghadapi kesukaran untuk berulang-alik ke tempat kerja ekoran pemindaan waktu operasi perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. 

Ketua Negara OYO Malaysia & Singapura, Tan Ming Luk berkata, memandangkan jumlah rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air adalah besar dan di dalam tempoh singkat, wujud keperluan mendesak untuk pusat kuarantin di seluruh negara. 

Beliau menambah, “Tawaran OYO adalah sebagai maklum balas terhadap banyak permintaan yang dibuat di dalam media sosial dan dari kalangan NGO agar menyediakan bilik, pangsapuri dan rumah untuk rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air menjalani tempoh kuarantin mandatori selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga dan mereka yang tersayang. Sebagai penyedia perkhidmatan penting dan pemain utama industri pelancongan, OYO bertanggungjawab untuk memastikan mereka yang memerlukan ruang penginapan bersih pada harga berpatutan mendapat akses kepada keperluan berkenaan. 

“Kami sentiasa menerima permintaan daripada rakan kongsi hotel kami di bandar-bandar lain yang ingin menyertai senarai hotel yang telah menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara. Senarai tersebut akan sentiasa dikemaskinikan dan saya ingin menyeru kepada mereka yang memerlukan bilik agar menghubungi OYO Careline bagi mendapatkan senarai hotel-hotel yang terkini.” 

“Usaha kami mencerminkan budaya serta nilai organisasi kami, yang mana kami berharap ianya dapat mendorong organisasi lain di Malaysia agar turut sama tampil membantu di dalam tempoh yang sangat mencabar dan sukar ini,” jelas Ming Luk.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025