RIBUT SALJI BAKAL MELANDA VIKENDI DALAM MOD ARTIK PUBG MOBILE


Mulai 16 April 2020, para pemain perlu mencari hidangan ayam untuk terus hidup dalam Mod Artik terbaru PUBG Mobile, permainan mudah alih paling popular di dunia. Kemunculan Mod Artik adalah sebahagian daripada pilihan mod permainan EvoGround, kemas kini kandungan percuma terbaru bagi PUBG Mobile dalam App Store dan Google Play. 

Berlatarbelakangkan landskap Vikendi yang sejuk, beku dan terbiar sepi, Mod Artik mencabar para pemain untuk mengekalkan suhu badan avatar mereka dengan pelbagai cara bagi mengharungi ribut salji yang melanda. Para pemain perlu bekerjasama bagi memastikan suhu badan mereka kekal tinggi, apabila suhu badan masing-masing turun secara beransur-ansur dan mengakibatkan mereka mengalami kecederaan. Selain mengharungi ribut salji, para pemain juga perlu mempertahankan diri mereka daripada serangan musuh, menggunakan taktik masing-masing untuk bertahan di medan pertempuran. Para pemain boleh mengekalkan suhu badan mereka dengan cara berikut: 
  • Menggunakan pemetik api untuk membuat unggun api di dalam bangunan, dan kemudiannya mencari dahan-dahan pokok bagi memastikan api terus menyala 
  • Memburu ayam hutan, mengumpul dan memasak daging ayam berkenaan untuk dijadikan makanan dan meningkatkan semula suhu badan 
  • Gunakan sumber-sumber seperti pemanas dan pek kesihatan 

Sebagai tambahan kepada mod permainan baru ini, papan luncur salji daripada Festival Musim Sejuk PUBG Mobile yang disukai ramai akan muncul, membolehkan pemain meluncur di atas salji. Pada masa sama, dron kawalan jauh turut diperkenalkan, membolehkan pemain mengemudi dan meninjau kawasan sekitar bagi mendapatkan kelebihan taktikal. 

Kemas kini kandungan Mod Artik tiba selepas perayaan Ulang Tahun Kedua PUBG Mobile, di mana para pemain boleh menyertai pelbagai acara dan cabaran dalam permainan yang disediakan. PUBG Mobile boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!