RAYA INI, SHOPEE DI SISIMU DENGAN SAMBUTAN LEBIH BERMAKNA


Walaupun dengan kejadian yang melanda negara kita pada masa ini, Hari Raya Aidilfitri masih dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Untuk menjadikan sambutan lebih bermakna, Shopee mengadakan kempen Raya Bersama Shopee bagi memenuhi segala keperluan untuk persiapan Ramadan dan Raya mereka, selaras dengan slogan kempennya iaitu Raya Ini Shopee Di Sisimu. 

Berlangsung dari sekarang hingga 26 Mei 2020, kempen ini menawarkan pelbagai keperluan harian dari serendah RM10 seperti MILO, kurma, ayam, ikan, daging, beras dan minyak masak serta peralatan rumah seperti pengisar dan juga pakaian seperti telekung. Pada masa yang sama, pengguna dapat menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM19. Ini membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan barang-barang keperluan tanpa berbelanja secara berlebihan. 

Kempen ini juga akan menampilkan empat hari yang sungguh istimewa - Jualan Hebat Raya pada 23 dan 24 April dan Pesta Jualan Raya pada 14 dan 15 Mei dengan diskaun hingga 80%, tawaran RM1 untuk produk-produk kegemaran dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM10 dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi. 


Salam by Shopee 

Ciri Salam by Shopee yang membuat kemunculan pertamanya pada musim penuh kemuliaan ini direka untuk memudahkan aktiviti melayari dan membeli-belah bagi mereka yang mencari produk halal, peralatan solat, produk kosmetik mesra wuduk, fesyen Muslim dan banyak lagi. Salam by Shopee menawarkan tawaran, diskaun dan baucar serta: 
  • Koleksi Terkini: Koleksi produk terbaharu daripada pelbagai kategori berdasarkan tema mingguan untuk membantu pembeli dalam persiapan Raya mereka. 
  • Resipi Raya: Resipi hidangan lazat untuk memberi inspirasi dan memudahkan pengguna mencari ramuan masakan. 
  • Pilihan Halal: Bahagian ini menampilkan produk-produk daripada jenama yang disahkan Halal untuk kemudahan pengguna yang mencari produk Halal. 
  • Azan: Peringatan masuknya waktu solat kini boleh dibuat dalam aplikasi untuk manfaat para pengguna Muslim. 
  • Derma: Pengguna yang ingin menyumbang balik kepada masyarakat pada bulan Ramadan ini boleh memberi sumbangan mereka kepada organisasi-organisasi amal di satu tempat. Dari organisasi bukan bermotifkan keuntungan seperti Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY), Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia, MAKNA dan NKF, salah satu usaha tersebut ialah Tabung Shopee MMA COVID-19 di mana pengguna juga boleh salurkan sumbangan. Sehingga sekarang, Shopee telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM450,00[1] untuk Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia bagi membantu petugas barisan hadapan yang merupakan salah satu kumpulan berisiko tinggi, yang bekerja lebih masa dan mengorbankan nyawa mereka demi memastikan semua orang selamat. 
Untuk memeriahkan lagi Raya ini, Shopee akan membawakan hiburan dan kegembiraan Hari Raya kepada para pengguna yang boleh dinikmati di rumah: 

  • Shopee Live: Tontoni kandungan menarik yang direka khas untuk pengguna seperti program makanan, sesi senaman oleh pakar kecergasan, dan kandungan lain yang berkaitan dengan penonton Muslim termasuk kelas membaca Al-Quran. Shopee Live juga akan menayangkan rancangan hiburan MeleTOP yang menampilkan lagu, filem, parodi dan gosip terkini. Rancangan ini akan disiarkan pada 21 dan 28 April, serta 5 dan 12 Mei, pada jam 9 malam. 
  • Shopee Games: Hafal pergerakan tarian di Joget Shopee; tangkap kuih-muih di Shopee Tangkap dan berseronok dengan permainan kegemaran ramai Goyang Shopee, Shopee Throw, Lucky Raya dan One or Not bersama seisi keluarga untuk memenangi syiling Shopee, baucar dan juga televisyen 43 inci. 
  • Duit Raya: Meskipun keadaan kini menyukarkan kita untuk memberikan Duit Raya kepada ahli keluarga tersayang, Shopee telah mencipta cara yang seronok, selamat dan mudah untuk pengguna memberikan e-Duit Raya melalui e-dompet ShopeePay. 
“Musim Ramadan dan Hari Raya dipenuhi dengan pengampunan dan keberkatan. Walaupun Raya ini mungkin sedikit berbeza, kami berharap kempen Raya Bersama Shopee akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengadakan sambutan tanpa berbelanja secara berlebihan namun tetap bermakna dan tidak dapat dilupakan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Tambah Ho, “Baru-baru ini, kami melancarkan Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM15 juta untuk membantu perniagaan tempatan. Kini, kempen ini akan memberi tumpuan kepada pengguna Malaysia untuk membantu mereka harungi tempoh sukar ini dengan menawarkan tawaran yang lebih hebat. Utama sekali, kami berharap usaha kami akan membawa sedikit kelegaan kepada semua rakyat Malaysia bahawa kami berada di sini, dan bersama mereka." 

Kempen Raya Bersama Shopee disokong oleh jenama kegemaran rakyat Malaysia - Nestle, Nestle Nutrition, P&G, Unilever, Enfagrow, Friso Gold, Pediasure, Vinda, L’Oreal, Wipro Unza, Mentholatum, Beiersdorf, Elianware, Mr DIY, Photobook Malaysia, Arctic Hunter, realme, Black Shark, Skechers, Bagstation, Voir, Carlo Rino dan Lim Tayar. 


Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?