JADUAL PERJALANAN SATU HARI RONDA-RONDA SHAH ALAM

Masjid Biru (Amril Izan Imran)

Daerah Petaling yang menjadi pusat Negeri Selangor kini dikenali sebagai daerah yang paling kerap dilawati. Selain mempunyai sejarah sebagai sebuah bandar yang kecil pada suatu zaman dahulu, kini terdapat banyak penambahbaikan yang dapat dilihat.

Petaling menawarkan segala yang anda inginkan. Dari kompleks membeli-belah terkemuka hingga ke restoran terbaik, Shah Alam merupakan bandar yang amat meriah untuk dikunjungi. Di sini kami ingin syorkan senarai aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang berada di Shah Alam! 

9 pagi : Sarapan pagi di Restoran Gembira 
10.30 pagi : Kekal sihat dengan berbasikal di Taman Botani Shah Alam 
1.30 tengahari : Makan tengah hari di Restoran Azira 
2.30 tengahari : Lawatan ke Masjid Biru 
3.30 petang : Membeli-belah di Sekyen 7 & bergambar di Laman Seni 
4.30 petang : Minum petang di Kafe Lads and Lassies 
5.30 petang : Alami keseronokan Go Kart di Stadium Shah Alam 
7.00 malam : Santapan malam di Babah & Co 
8.30 malam : Terokai Taman Cahaya & Muzium Red Carpet di i-City 
10.00 malam : Berjalan di sekitar Uptown Shah Alam untuk membeli-belah 
11.00 malam : Makan lewat malam di Restoran Hakim di Seksyen 7 


Restoran Gembira (Nurul Sakinah Azmi)

1) Sarapan pagi di Restoran Gembira 

Terletak di belakang McDonald’s, Restoran Gembira merupakan salah satu pilihan tempatan untuk bersarapan! Menyajikan anda dengan pelbagai jenis makanan Malaysia yang enak termasuk Nasi Lemak, Roti Canai serta kuih-muih, restoran ini adalah pilihan utama kami!


Taman Botani (kyension.com)

2) Kekal sihat dengan berbasikal di Taman Botani Shah Alam 

Terkenal dengan kawasan indahnya yang dikelililingi persekitaran semula jadi, Taman Botani kini telah menjadi tempat yang paling digemari khususnya untuk menjalankan aktiviti sukan di Shah Alam! Bukan sahaja ia menawarkan kawasan yang menarik untuk bersenam, tetapi ia juga menempatkan beberapa tarikan di mana anda dapat melihat pelbagai spesis flora dan fauna pada jarak yang dekat.


Restoran Azira (soalanmudah10.blogspot.com)

3) Makan tengah hari di Restoran Azira 

Jangan lupa untuk singgah ke Restoran Azira dan memesan hidangan mereka yang begitu menyelerakan. Terdapat pelbagai pilihan makanan Malaysia dan pencuci mulut yang semestinya menggiurkan! Restoran yang sering menjadi tumpuan ini kerap dipenuhi pelanggan di siang hari. Untuk mengelakkan kesesakan, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal ke restoran ini. 


4) Lawatan ke Masjid Biru 

Tiada yang lebih mengkagumkan selain Masjid Biru yang terkenal di Shah Alam! Sebagai masjid terbesar di Malaysia, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ini sering dilawati oleh pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Terletak berhampiran dengan Hotel Concorde yang juga salah sebuah mercu tanda di Shah Alam, anda pasti akan menikmati perjalanan anda ke sini. 


Laman Seni 7 (Xinxian Teoh)

5) Membeli-belah di Seksyen 7 & bergambar di Laman Seni yang berdekatan 

Bukankah setiap orang perlukan terapi membeli-belah? Singgah ke Seksyen 7 Shah Alam yang menempatkan deretan kedai yang menawarkan produk dan jenama buatan Malaysia yang terkenal. Antara yang popular adalah gedung Jakel di mana anda boleh mendapatkan kain dan fabrik kegemaran anda di sana. Dalam pada itu, jangan lupa untuk ke Laman Seni yang terletak di kawasan berhampiran untuk koleksi gambar anda. 


Lads and Lassie (zomato.com)

6) Singgah di Kafe Lads and Lassies untuk minum petang 

Sekiranya anda sedang mencari kafe yang terbaik untuk merehatkan minda di petang hari, kunjungi Lads and Lassies yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam! Selain dari kek dan air tehnya yang lazat, dekorasi kafe ini yang artistik juga menjadi faktor kafe ini sering dikunjungi ramai.


Go Kart (Vmo Rocks)

7) Bergerak ke Kart di Stadium Shah Alam 

Anda buntu untuk aktiviti pada waktu petang? Bawalah diri anda ke Stadium Shah Alam untuk mencuba aktiviti Go Kart yang sudah tentu akan menaikkan semangat perlumbaan anda! Terdapat beberapa pakej menarik ditawarkan di sini, dan sebuah taklimat keselamatan turut diberikan sebelum anda mula memandu. 


8) Makan malam di Babah & Co 

Seringkali disyorkan oleh orang ramai, nikmati santapan malam anda di Babah & Co! Terdapat pelbagai pilihan enak dari menu mereka seperti masakan Asia, Barat dan juga campuran yang mampu mengenyangkan anda selepas seharian berjalan. Percayalah, anda pasti tidak akan kecewa. 

i-City Light Park (i-City)

9) Menerokai Taman Cahaya & Muzium Red Carpet di I-City 

Semasa anda berada di Shah Alam, jangan lupa untuk kunjungi i-City untuk melihat segalanya yang mereka tawarkan! Dikelilingi dengan lampu LED yang berwarna-warni menyinari seluruh kawasan ini, ianya pasti menjadi suatu malam yang romantis mahupun pengalaman bersiar-siar bersama keluarga yang menyeronokkan. Di Red Carpet Museum pula, anda boleh bergambar dengan patung-patung lilin yang menyerupai selebriti dan watak-watak dari program TV kegemaran anda! 

Uptown Shah Alam (Facebook)

10) Berjalan di sekitar Uptown Shah Alam untuk membeli-belah 

Anda juga boleh bersantai di sekitar Uptown Shah Alam pada waktu malam sambil melihat pelbagai barangan jualan dari pakaian terpakai, gajet dan makanan tempatan! Pengalaman membeli-belah di pasar terbuka pada waktu malam ini harus dimasukkan ke dalam bucket list anda!


Restoran Hakim (Bernama)

11) Berhenti di Restoran Hakim di Seksyen 7 untuk makan lewat malam 

Akhiri perjalanan anda di Shah Alam dengan makan lewat malam di Restoran Hakim yang bertempat di Seksyen 7! Antara makanan yang terkenal mereka adalah Nasi Kandar yang patut anda cuba sebaik sahaja tiba di sini. Namun, sekiranya anda lebih sukakan makanan yang sedikit ringan, anda boleh memesan roti canai mereka! 

Bermula dari sarapan pagi yang amat menyelerakan di salah sebuah restoran terbaik sehinggalah penjelajahan ke lokasi-lokasi terunggul di Shah Alam, Daerah Petaling menawarkan pelbagai aktiviti untuk dilakukan! Kami mencadangkan anda tempat-tempat terbaru dan popular yang sudah pasti akan membuat perjalanan anda lebih menarik. Selain itu, pastikan anda tidak lupa untuk melawati seleksi tempat-tempat menarik yang terdapat di Dearah Petaling sebaik sahaja anda tiba di Negeri Selangor!

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING