SINOPSIS SLOT LESTARY TV3: ‘THE GADIS’ LAKONAN YUNA RAHIM

Yuna Rahim


Menyusuli Budak Tebing, drama bersiri The Gadis terbitan Mermaid Studios arahan Liyana Jasmay pula ‘mengganas’ di slot Lestary bermula 10 April 2020. Mengangkat tema keruntuhan akhlak remaja yang inginkan kemewahan dan masalah keluarga, drama bersiri yang mempunyai 7 episod ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Hun Haqeem dan Syafie Naswip. 

Lisa (Yuna Rahim) ialah seorang gadis kampung yang bijak dan bakal menghadapi SPM tidak lama lagi. Lisa tekun belajar kerana ingin mendapatkan biasiswa bernilai RM20,000 dari sekolahnya. Namun, segalanya berubah apabila Lisa bertemu dengan sahabat lamanya, Nad (Fatin Afeefa). 

Fatin Afeefa 

Nad pulang ke kampung untuk menjaga neneknya yang sakit. Lisa teruja melihat perubahan drastik Nad. Dia kelihatan lebih cantik, pakaian yang dipakai kesemuanya berjenama bahkan Nad juga memandu kereta mewah. Lina (Erynne Erynna), kakak kepada Lisa tidak gemar dengan kepulangan Nad. Mereka sebaya dan pernah berkawan baik. Lina memberi amaran supaya Lisa tidak rapat dengan Nad, kerana Lina tahu serba sedikit tentang kisah Nad. 

Hun Haqeem 

Dalam diam, Nad mengajar Lisa mendapatkan wang mudah setelah mengetahui Lisa sedang mengumpul wang biasiswa dan kelihatan teruja melihat kehidupannya yang mewah. Tanpa pengetahuan Lina, Lisa mengikut Nad dan Mika (Hun Haqeem), ke bandar untuk mengubah kehidupannya. Nad memberitahu Lisa bahawa dia hanya perlu melayan lelaki melalui panggilan telefon dan keluar bersama untuk mendapatkan wang yang banyak. Lisa pada mulanya tidak selesa namun lama kelamaan Lisa hanyut dengan habuan yang dinikmati. 

Namun kesenangan yang dikecapi tidak lama. Lisa dikurung dan dikawal ketat oleh Mika dan Nad setelah dia enggan melakukan pekerjaan yang disuruh oleh mereka. Setiap pergerakan Lisa diawasi. Lisa tidak selesa dan merindui kehidupannya di kampung. Dalam diam, Lina dan Nad akhirnya bergabung dan memikirkan helah supaya mereka dapat membebaskan diri daripada Mika yang semakin kejam. Mika bukan sahaja mendera emosi bahkan fizikal mereka juga. Wang hasil pekerjaan haram mereka turut dibolot sepenuhnya oleh Mika. Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati buat Lisa dan Nad. Berjayakah Lisa dan Nad menyelamatkan diri? Bagaimanakah Lisa berhadapan dengan keluarganya dan mendapatkan keampunan daripada mereka? 


The Gadis bersiaran pada setiap Rabu hingga Jumaat pada jam 9.00 malam di slot Lestary dan boleh strim di laman sesawang www.tonton.com.my . Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat !

Comments

Popular posts from this blog

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!

NOVARTIS MALAYSIA MENERAJUI USAHA PEMERKASAAN WANITA