TONTON MUSIM 1 SIRI HBO ORIGINALS SECARA PERCUMA DI HBO GO



Bosan duduk di rumah? Jom tontoni musim pertama siri terpilih ikonik HBO Originals dan HBO Asia Originals secara PERCUMA untuk tempoh satu bulan mulai 15 April di HBO GO – tanpa pendaftaran atau langganan diperlukan.

Antara siri-siri hebat yang ditawarkan adalah ‘The Sopranos’, ‘The Wire’, ‘Succession’, ‘Ballers’, yang dibintangi oleh Dwayne “The Rock” Johnson; ‘Barry’, bersama Bill Hader; ‘Silicon Valley’, menampilkan Thomas Middleditch dan Kumail Nanjiani; serta ‘Veep’, dibintangi oleh Julia Louis-Dreyfus.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan antologi ‘Folklore’, sebuah siri seram yang menampilkan karya dari negraa Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Singapura dan Thailand. Turut menjadi sambutan adalah ‘Invisible Stories’, ‘Miss Sherlock’, ‘The Teenage Psychic’ dan ‘The World Between Us’.

Kepada penggemar dokumentari,  saksikan ‘McMillion$’, ‘Jane Fonda In Five Acts’, dan ‘The Inventor: Out for Blood in Silicon Valley’.



Penonton-penonton di  Malaysia boleh mendaftar HBO GO melalui Astro. Muat turun aplikasi HBO GO dari App Store atau Play Store atau layari  https://www.hbogoasia.com/. Aplikasi tersebut mempunyai fungsi Airplay dan Chromecast untuk menayangkan program tersebut ke TV. Selamat menonton!

Comments

Popular Posts