TUTORIAL MENGAMBIL GAMBAR MESKIPUN DI RUMAH DENGAN VIVO
Kita sudah memasuki minggu ketiga Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP) di Malaysia dan kita boleh lihat dengan lebih jelas tentang baik buruknya perkara ini yang sepatutnya meyakinkan kita untuk lebih duduk di rumah. Tetapi, perkara ini tidak dapat disangkal – kesusahan yang dialami adalah nyata dan kita semua sedang mencuba sehabis baik untuk terus berada di rumah tanpa memenatkan emosi daripada perkara ini.
Dengan trend terkini yang tersebar meluas di media sosial seperti perkongsian “meme”, video TikTok dan resepi memasak, masyarakat kini sedang mencuba untuk mengisi masa lapang mereka sepanjang tempoh PKP ini. Terdapat segelintir yang tertarik dengan gambar, yang mencari helah dan cara untuk mengambil gambar yang terbaik ketika kita semua berada di rumah, yang membawa kepada persoalan: bagaimanakah untuk mengambil gambar yang berkualiti tinggi tanpa menggunakan peralatan profesional, set penggambaran dan pencahayaan yang sempurna?
Sebelum kewujudan telefon pintar, kita terpaksa membeli kamera yang mewah dan perisian penyuntingan untuk komputer kita dan meluangkan masa dan tenaga untuk belajar menggunakannya. Kini, kita perlu berterima kasih kepada peranti mudah alih yang hadir bersama-sama aplikasi penyuntingan, membolehkan kita untuk mengambil gambar yang berkualiti tinggi dengan mudah dan dapat disunting dengan sekelip mata.
Besar kemungkinan anda sudah mempunyai telefon pintar dan sudah menggunakan aplikasi kamera. Fokus sekarang hanyalah kepada mempelajari beberapa helah dan cara untuk mempraktikkannya. Berikut adalah perkara yang paling mudah yang dapat anda lakukan untuk melihat penambahbaikan terhadap gambar-gambar anda secara pantas.
1. Semua orang dapat berada dalam gambar dengan “wide-angle lens” secara mudah
“Wide-angle lens” dapat memuatkan sebanyak yang mungkin dalam satu tangkapan, yang juga membawa maksud sekiranya anda sedang mengambil gambar dengan sekumpulan yang besar, anda tidak perlu untuk berundur jauh ke belakang untuk memuatkan kesemuanya dalam satu gambar. Terutama sekali ketika tempoh ini, sesetengah individu mempunyai ruang yang terhad di dalam rumah mereka untuk mengambil gambar keluarga, jadi anda boleh menggunakan kamera “wide angle”
Dengan hadirnya telefon-telefon yang mempunyai pelbagai kamera di pasaran hari ini, terbaru vivo dalam siri V mereka siri V17 dan akan datang V19, kedua-dua membawa ciri “Super Wide-Angle Camera” yang meluaskan lagi gambar landskap – pilihan terbaik untuk telefon pintar anda yang seterusnya.
2. Menghasilkan gambar yang menawan meskipun anda berada dalam keadaan yang kurang pencahayaan.
Pencahayaan adalah segala-galanya dan hanya pencahayaan dapat menghasilkan fotografi yang menawan dan juga mengambil swafoto. Cahaya yang baik dapat meningkatkan keindahan dan pencahayaan yang kurang baik dapat merosakkan kualiti gambar yang terbaik atau swafoto. Maka, pencahayaan yang sesuai adalah menjadi satu kemestian.
Walau bagaimanapun, untuk kebanyakan masyarakat di luar sana, kita mungkin tidak mempunyai ruang bergambar terbaik yang mempunyai pencahayaan yang lengkap di dalam rumah – di sinilah Kamera Mod Malam berfungsi. Mod malam menggunakan perisian pintar untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas dan tidak pecah dengan warna yang menakjubkan dan terperinci dalam keadaan yang mempunyai kurang pencahayaan.
Penggambaran dalam cahaya yang kurang akan menjadi mencabar, tetapi dengan adanya telefon pintar vivo yang hadir dengan ciri-ciri “Super Night Mode” dan “Super Night Selfie”, anda akan dapat memperbaiki dan meningkatkan fotografi malam secara dramatik.
3. Diinspirasikan oleh AI Pose Master dengan telefon pintar vivo
Kini, anda sudah memiliki sudut yang tepat dan pencahayaan yang betul, tetapi anda tidak mempunyai idea bagaimana untuk bergaya seperti supermodel; atau bosan dengan gaya yang sama untuk setiap swafoto. Jangan bimbang! Anda boleh mendapatkan inspirasi daripada ciri “Pose Master” dengan telefon pintar vivo anda.
Oleh itu, apakah “AI Pose Master” cuba menawarkan? Ketika menggunakan teknologi AI, ciri aplikasi dalam kamera akan mengenal pasti kedudukan anda, melalui garis bertitik, ia akan menunjukkan gaya yang lebih optimis untuk diikuti. Ciri ini juga berfungsi dengan pelbagai gambaran begitu juga daripada swafoto kepada swafoto berkumpulan agar dapat menjadikan semua lebih bersedia untuk bergambar.
Kami berharap agar tips di atas dapat membantu anda untuk mendapatkan gambar yang lebih sempurna yang diperlukan semasa berada di rumah dengan sumber yang terhad. Perkara yang paling penting adalah, perhatian terhadap butiran yang diberikan untuk menghasilkan gambar yang sempurna dan kesabaran dalam melaksanakannya. Jangan terlalu memikirkan hasil yang bakal anda perolehi, namun, jadikan lah ia sebagai suatu aktiviti yang mampu memberi kepuasan kepada anda sepanjang tempoh PKP ini.
Comments
Post a Comment