unifi PERKENALKAN PELAN TANPA HAD UNTUK PELAJAR UNIVERSITI



Dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan, unifi terus memperluaskan perkhidmatan sambungannya untuk membantu memudahkan e-pembelajaran untuk para pelajar universiti dan memastikan mereka terus terhubung sambil meneruskan pembelajaran mereka secara dalam talian dengan menawarkan penyelesaian mudah alih tanpa had. 

Untuk permulaan, unifi baru-baru ini telah bekerjasama dengan Universiti Multimedia (MMU) untuk membekalkan lebih 13,000 pelajar, ahli fakulti dan kakitangannya dengan sambungan mudah alih, untuk memenuhi keperluan pendidikan mereka dan memastikan e-pembelajaran dan pengajaran dalam talian diteruskan sambil mereka kekal berada di rumah semasa tempoh PKP. Talian mudah alih ini termasuklah data TANPA HAD bulanan, dengan kad-kad SIM diagihkan oleh pihak universiti kepada pelajar-pelajar, ahli-ahli fakulti dan kakitangan MMU. 

Bagi membolehkan e-pembelajaran dan pengalaman sambungan tanpa sebarang kerisauan buat pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta lain, unifi turut menawarkan pelan pascabayar mudah alih baharu dengan memperkenalkan pelan istimewa; Pek Pelajar unifi Mobile, yang menawarkan ciri-ciri data, panggilan dan SMS TANPA HAD dengan hanya RM59 sebulan (tidak termasuk 6% SST). unifi bekerjasama dengan lebih daripada 40 buah universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi menawarkan pelan mudah alih TANPA KONTRAK ini untuk pelajar-pelajar universiti bermula 24 April 2020. 

Mengulas mengenai usaha terbaharu unifi ini, Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersil, Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, “Dengan pandemik COVID-19 memaksa pelajar untuk bertukar kepada pembelajaran jarak jauh, banyak institusi pengajian tinggi telah menyesuaikan e-pembelajaran untuk melindungi pelajar-pelajar dan tenaga pengajarnya dari risiko jangkitan. Kami turut memahami bahawa para pelajar sangat memerlukan sambungan mudah alih yang menawarkan data TANPA HAD dan mampu dilanggani secara bulanan yang tidak memerlukan ciri tambahan atau tambah nilai dengan kerap apabila kuota mereka telah digunakan sepenuhnya. Apa yang lebih menarik, mereka masih boleh terus menikmati pelan ini walaupun tempoh PKP telah tamat.” 

“unifi kekal komited untuk membantu semua orang termasuklah para pelajar untuk kekal berada di rumah, kekal terhubung, kekal terhibur, kekal bermaklumat, kekal produktif dan kekal dilayani sepanjang tempoh yang tidak dijangkakan ini. Kami juga berharap agar semua pihak akan terus mematuhi panduan PKP, dan terus berdoa untuk kebaikan semua,” tambah Anand. 

Semua pelajar di IPTA/IPTS terpilih yang memiliki emel rasmi pelajar yang sah adalah layak untuk melanggan tawaran ini. Jadi, pastikan anda tidak terlepas emel makluman jemputan daripada pihak pentadbiran universiti anda menerusi emel rasmi pelajar dan layari www.unifi.com.my/studentpack untuk mendaftar. Kad SIM akan dihantar kepada anda dalam tempoh 1-5 hari bekerja. Menambah lagi khabar gembira, pelan pelajar unifi Mobile ini juga dibuka untuk pelajar tempatan dan antarabangsa peringkat ijazah dan sarjana selagi mereka merupakan pelajar berdaftar serta mempunyai kad pelajar yang sah dan emel rasmi universiti semasa pendaftaran pelan ini. 

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pelan unifi Mobile untuk pelajar serta perkhidmatan lain daripada unifi, sila berhubung dengan kami menerusi aplikasi myunifi atau menerusi pusat khidmat pelanggan dengan mendail 100. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang unifi di www.unifi.com.my

Untuk #kekalbermaklumat tentang berita dan perkembangan mengenai COVID-19, sila layari portal StayAlert.my – sumber maklumat sehenti yang sahih inisiatif oleh TM, untuk membantu rakyat Malaysia kekal bermaklumat tentang berita dan perkembangan tentang COVID-19. 

Comments

Popular posts from this blog

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN ‘FRAMED’ GANDINGAN MEERQEEN DAN MIMI LANA BERMULA 3 MEI DI ASTRO PREMIER