PELANGGAN ASTRO IPTV KINI BOLEH MENIKMATI PENGALAMAN ULTRA BOX



Astro Ultra Box kini boleh dinikmati oleh setiap pelanggan Astro IPTV yang menggunakan rangkaian Maxis Home Fiber dengan kelajuan dari 30Mbps. Pengalaman Ultra ini merangkumi ciri-ciri seperti 4K UHD, Rakaman Awan (‘Cloud Recording’), paparan pengguna baharu yang lebih lancar ditawarkan kesemua peranti, cadangan kandungan yang diperkukuhkan mengikut padanan tontonan, fungsi ‘play from start’ dan keupayaan untuk merakam pelbagai program secara serentak. 

Ultra Box telah diterima baik oleh pelanggan dengan merekodkan lebih 60,000 pemasangan sejak ia dilancarkan pada November 2019 lalu. Pelanggan Ultra Box menunjukkan keterlibatan yang lebih tinggi dengan 80% daripadanya menggunakan servis On Demand. 

Pelanggan IPTV kini dapat strim semua saluran termasuk saluran 4K UHD (CH 780) dan kandungan On Demand di Ultra Box. Dengan kelancaran dan pelarasan paparan pada Ultra Box dan Astro GO, pelanggan IPTV dapat menikmati pengalaman tontonan yang dipertingkatkan seperti berikut: 

Nilai tambah bagi pelangaan IPTV 

Semua pelanggan Astro IPTV tanpa kontrak boleh menaik taraf ke Ultra Box secara percuma untuk menikmati lebih dari 50,000 video On Demand, rakaman awan, dan pelbagai ciri menarik yang lain. Untuk menikmati tontonan berkualiti 4K UHD, pelanggan memerlukan TV 4K yang serasi. Pelanggan baharu Astro IPTV dari Pek Starter seterusnya boleh menaik taraf kepada Ultra Box dengan percuma serta menikmati rebat* sebanyak RM10/bulan. Pelanggan Pek Super dan Pek Super Plus Astro IPTV sedia ada juga boleh menikmati naik taraf percuma ke Ultra Box dengan rebat* sebanyak RM20/bulan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara menaik taraf serta rebat eksklusif untuk pelanggan baharu dan sedia ada, sila hubungi 03 7490 8000 atau layari www.astro.com.my/broadband. Sertai perbualan mengenai Ultra Box di media sosial dengan tanda pagar #AstroUltra. 


*rebat hanya untuk 24 bulan pertama sahaja


Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?