COVID-19: CEO HAPPYFRESH BERLARI UNTUK KUTIPAN DANA
Guillem Segarra, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HappyFresh, syarikat penghantaran barangan runcit atas talian yang beribu pejabat di Indonesia, akan melakukan larian half marathon (21km) dari rumahnya untuk mengutip sumbangan buat komuniti yang paling terkesan susulan wabak COVID-19.
HappyFresh memulakan kempen ini dengan sumbangan sebanyak USD 10,000 dan menjemput sumbangan dari mana-mana pihak termasuk pihak global bagi mencapai sasaran untuk mengumpul dana sebanyak USD 100,000. Dana terkumpul akan dibahagikan sama rata dan diberi kepada organisasi terpilih dalam setiap negara operasi HappyFresh (Indonesia - Aksi Cepat Tanggap | Malaysia - Mums4Mum | Thailand - The Mirror Foundation).
Sejak perletusan wabak ini, HappyFresh telah menyediakan servis penghantaran barangan runcit atas talian ke lebih banyak rumah di sekitar kawasan. Laman HappyFresh telah menerima 5 hingga 10 kali lebih trafik dari yang biasa dan memahami kepentingan servis kepada keluarga-keluarga dalam tempoh ini. Namun, Segarra ingin menyumbang lebih lagi dengan misi HappyFresh - untuk menyediakan sebanyak mungkin penghantaran barangan runcit atas talian kepada keluarga di Asia Tenggara.
“HappyFresh sebagai sebuah syarikat ingin menolong ketika masa yang diperlukan ramai ini. Perbuatan baik tidak kira kecil atau besar akan memberi perbezaan. Bagi saya, saya sudah terbiasa membuat pelbagai perkara, lebih baik mengunakan tenaga untuk tujuan baik dan menjadi contoh yang positif kepada pasukan saya dan yang lain.” kata Guillem Segarra, CEO, HappyFresh
Apabila ditanya tentang sasaran beliau untuk kempen ini, Segarra berkata, “Saya tidak boleh berlari dengan pantas, tetapi itu bukan tujuannya. Objektifnya adalah untuk membuat apa yang boleh dilakukan pada masa pandemik global ini, dan saya berharap agar dapat mencapainya dari rumah.”
Kempen derma ini terbuka kepada sesiapa yang ingin menyumbang dan boleh dilakukan di laman rasmi Run in Unity dari sekarang hingga 3hb Jun 2020. Siaran langsung setengah maraton dapat ditayangkan di saluran YouTube HappyFresh Malaysia pada 17hb Mei pada 5pm (JKT & BKK) | 6pm (KUL & SIN).
Comments
Post a Comment