JOYCE CHU SERTAI PERTANDINGAN CHUANG 2020 DI WeTV
Tencent Video baru-baru ini mengadakan sidang media atas talian di Shenzen, China untuk melancarkan CHUANG 2020, satu program aneka ragam yang menampilkan 101 gadis yang bersaing untuk dipilih bagi membentuk sebuah kumpulan pop yang terdiri daripada 7 orang. Persidangan itu dihadiri oleh eksekutif rancangan itu, Qiu Yue dan Sun Li, bersama dengan jurulatih terkemuka: Huang Zitao, Lu Han, Mao Buyi dan Victoria. CHUANG 2020 akan menyiarkan episod pertamanya pada 2 Mei, jam 8 malam hanya di WeTV. Episod seterusnya akan disiarkan pada masa yang sama, setiap hari Sabtu dan Ahad.
Bakat Malaysia, Joyce Chu yang mempunyai 800 ribu pengikut di Instagram akan bersaing dengan 100 gadis lain untuk membentuk kumpulan antarabangsa yang terdiri daripada 7 orang gadis. Joyce berasal dari Johor dan mempunyai portfolio karya yang mengagumkan. Beliau adalah penyanyi di sebalik lagu "I Miss You" dan "Malaysia Chabor" yang pada masa ini telah memperoleh 57 juta dan 27 juta tontonan masing-masing di YouTube.
Rakyat Malaysia boleh menentukan nasib pelatih, iaitu siapa yang akan terpilih sebagai ahli pasukan akhir.
Lesley Simpson, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan PT TTI, berkata, "WeTV gembira kerana dapat mengetengahkan seorang pelatih Malaysia, Joyce Chu, melalui rancangan realiti aneka ragam terbaharu CHUANG 2020. Dengan teknologi terkini yang tersedia di WeTV, warga Malaysia dapat mengundi untuk pelatih kegemaran mereka di CHUANG 2020. Buat pertama kalinya, rakyat Malaysia akan memainkan peranan dalam memilih pelatih bagi membentuk kumpulan gadis yang terkenal di peringkat antarabangsa. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan di sini di Malaysia, WeTV berazam untuk menjadikan aktiviti di rumah lebih menarik dengan menyediakan hiburan inovatif baharu. "
Pada sidang media itu, Qiu Yue, pengurus besar Tencent Penguin Picture Tianxiang Studio dan penerbit CHUANG 2020 dan Sun Li, pengasas dan CEO Haofeng Qingyun dan ketua pengarah siri CHUANG Tencent Video merumuskan program ini melalui lima kata kunci iaitu "inovatif , berani, tujuh, indah, dan sejati”. Mengenai slogan program "Keberanian terserlah dengan penuh keindahan", Qiu Yue menyatakan bahawa dia telah melihat lebih banyak keyakinan di kalangan para pelatih pada musim ini. Istilah "berani" yang nyata dalam slogan itu mewakili kekuatan spiritual gadis-gadis ini. Beliau berharap agar sikap dan tenaga keyakinan generasi baharu dapat diserlahkan melalui program ini.
Qui Yue menambah bahawa hanya yang paling kuat akan berjaya kerana keperluan industri semakin bertambah dan meningkat bagi para penggiatnya.
Daripada Produce 101 hingga CHUANG 2019 dan kemudiannya CHUANG 2020, Sun Li berkongsi perasaan beliau mengenai penciptaan program ini. "Dalam tiga tahun terakhir, tekanan dan motivasi wujud bersama dan kami mempunyai tanggungjawab untuk menceritakan kisah anak-anak muda hari ini agar semua orang dapat menyaksikan bakat berkembang yang dimiliki oleh generasi baharu." Beliau menambah bahawa beliau menyaksikan pertumbuhan para pelatih sejak kebelakangan ini dan beliau dapat melihat peningkatan tenaga dan dorongan di antara para pelatih muda kerana mereka memiliki tenaga muda, keyakinan dan harapan yang amat tinggi.
Pasukan jurulatih untuk CHUANG 2020 telah mendapat banyak perhatian sejak mereka diumumkan secara rasmi. Menurut Sun Li, pengenalan konsep "jurulatih" daripada bidang sukan oleh kumpulan program tahun ini buat pertama kalinya menggambarkan peranan penting keempat-empat jurulatih dalam bimbingan strategik. Para jurulatih akan membimbing perkembangan para pelatih sepanjang persembahan ini. Anggota pasukan jurulatih terdiri daripada Huang Zitao, Lu Han, Mao Buyi, dan Victoria Song yang turut hadir pada sidang media, menafsirkan kualiti "berani" pasukan wanita dengan empat ungkapan, iaitu "berani untuk melaksanakan", "berani untuk berdisiplin", "berani mencatat kejayaan cemerlang" dan "berani untuk mencintai" masing-masing.
CHUANG 2020 akan disiarkan tidak lama lagi. Pasukan jurulatih dan 101 pelatih generasi baharu sudah bersedia. Ikuti kehebatan mereka ketika bersaing untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan pop antarabangsa ini hanya di WeTV.
Muat turun WeTV melalui pautan ini https://qqlivei18n.onelink.me/ETTr/wetv
Ketahui lebih lanjut mengenai Chuang 2020 dan WeTV malalui media sosial yang tetera di bawah:
Facebook Rasmi Chuang 2020
Twitter Rasmi Chuang 2020
Youtube Rasmi Chuang 2020
http://bit.ly/chuang2020
Facebook Rasmi WeTV
Comments
Post a Comment