KAMPUNG AKU LIT MENGGAMIT MEMORI ZAMAN KANAK-KANAK
Lil J merupakan bintang rap yang mula meningkat naik. Lil J merupakan salah seorang penyanyi rap yang dicungkil bakatnya oleh Joe Flizzow menerusi program 16 Baris yang sedang hangat diperkatakan.
Kebolehan Lil J dalam menulis lirik, menyanyi rap dan mencipta lagu berjaya membuka mata Rocketfuel Entertainment untuk mengambil beliau sebagai artist rakaman. Sebelum ini Lil J memperkenalkan dirinya kepada pencinta muzik tempatan dengan lagu yang berjudul Bestfriend kini Lil J lahir dengan single kedua nya berjudul ‘ Kampung Aku LIT ‘ .
Gabungan bersama seorang lagi gadis yang juga ditemui melalui program 16 Baris akan lebih memberi seri dalam lagu ini. Bunga yang dikenali sebagai gadis melayu yang bertudung dan berbaju kurung namun memilih kerjaya sebagai serong rapper menjadikan lagu ini lebih unik.
Kidd Santhe pula lebih dikenali apabila semenjak beliau tampil dalam duet bersama Meerfly dan MK dalam lagu Ha Tepok. Beliau juga pernah menerbitkan album bersama Gard dalam album “API”.
‘Kampung Aku LIT’ merupakan lagu hasil ciptaan komposer DJ Biggie & Kidd Santhe Of Monster Sound dan lirik pula dari Lil J, Bunga & Kidd Santhe. Lagu ini bergenre Hip Hop Rap dan Lil J diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu ini. Keunikan tentang lagu ini adalah dari segi susunan muziknya dan seiring dengan kehendak pendegar supaya diterima oleh semua lapisan masyarat.
Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd ‘ Lil J telah membuktikan kemampuannya untuk bertapak dalam nidustri musik tempatan, dimana baru- baru ini dia diberi kepercayaan untuk membuat persembahan di pentas yang berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu dan baru ini mendapat slot untuk masuk ke Yo! Rap MTV Asia. Selepas kejayaan lagu IMSO kolaborasi bersama dengan Alan D dan MK K-Clique. Kini dia lahir dengan single terbaru “ Kampung Aku LIT “. Lagu ini saya yakin akan dapat memberikan kelainan untuk pencinta music ”
Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Manakala lyric video sudah boleh ditonton di Youtube Channel Rocketfuel Network sejak 11 May 2020.
Comments
Post a Comment