"KITA" GABUNGKAN ERNIE ZAKRI, ARA JOHARI & USOP



‘KITA’ merupakan sebuah lagu berunsurkan kerohanian hasil ciptaan Ziin. Idea asal bagi projek ini adalah terdetik daripada ketua label Music Rocketfuel sendiri iaitu En Feros Sayna. 

“Kita” juga merupakan buah tangan terbaru daripada Rocketfuel Entertainment kepada seluruh rakyat Malaysia bagi berkongsi rasa akan peristiwa yang sedang melanda negara kita bahkan satu dunia dan memberi kesan kepada semua golongan masyarakat.

Kita juga terpaksa menjalani ibadah berpuasa kali ini dengan kelaziman yang baharu. Namun semua itu bukan penghalang untuk kita mencari cebisan nikmat dalam kepayahan dan melahirkan kesyukuran.

“Kita” juga merupakan sebuah tanda penyatuan semua umat dan agama di seluruh dunia dalam menghadapi pandemik yang sedang berlaku lebih-lebih lagi pandemik ini menlanda pada bulan yang sungguh mulia.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd, beliau amat meminati gabungan suara dari mereka berempat di mana, Ernie Zakri sentiasa memberikan yang terbaik didalam setiap lagu beliau, suaranya yang padu dan mantap serta persembahan yang memukau mampu menaik lagi lagu ini. Manakala Ara Johari terkenal dengan artis muda yang berbakat dan mempunyai vokal yang bertenaga. Usop pula, Artis muda yang meningkat naik dan sering mendapat perhatian muzik tempatan. Putera Muhammad pula mempunyai suara yang lunak agar lagu ini lebih menyerikan lagi lagu ini. Ini juga gandingan pertama dari Ernie Zakri dan Ara Johari dimana mereka berdua dikenali dengan mempunyai suara yang sangat bertenaga.

‘KITA’ dinyanyikan oleh 4 orang artis Rocketfuel iaitu Ernie Zakri, Ara Johari, Usop dan naungan terbaru, Putera Muhammad. Gabungan jenis vokal yang berbeza dari keempat mereka ini menambahkan lagi rasa kesayuan dalam lagu. ‘Kita’ boleh didengari di semua digital platform dan youtube channel Rocketfuel Network.


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM