KONSERT “ONE LOVE ASIA” BAKAL TAMPILKAN SELEBRITI SENSASI ASIA



WebTVAsia dan YouTube telah mengumumkan penganjuran bersama konsert “ONE LOVE ASIA”, sebuah konsert yang menampilkan barisan selebriti hebat dan bintang Youtube. Program ini akan distrim secara langsung secara eksklusif di One Love Asia's official YouTube channel pada 27 Mei 2020. 

Bermula jam 8:00 malam (waktu Malaysia), rancangan empat jam ini bakal menampilkan bintang-bintang terkemuka Asia seperti Duta Serantau UNICEF untuk Asia Timur dan Pasifik, Choi Siwon, Exile Akira, Karen Mok, Apink Jung Eun-Ji, Namewee, G.E.M., Chi Pu, Sam Tsui, Ranz & Niana, Davika Hoorne, Jack Neo, Morissette, Boy William, Ice Paris, Pearwah, Christian Bautista, Baim Wong, Raditya Dika, Ismail Izzani, Quang Dang, DatG & DuUyen, Erik, Inul Daratista, Celine Tam, Priscilla Abby dan HaoRen, di samping lebih daripada 50 artis utama, tokoh-tokoh awam, selebriti dan penggiat YouTube. Semua sumbangan derma daripada program One Love Asia bakal disalurkan kepada UNICEF Asia dalam usaha mengekang kesan pandemik terhadap kanak-kanak yang terdedah.

Konsert “ONE LOVE ASIA” adalah sebahagian daripada kempen global UNICEF, #Reimagine untuk mencipta hari depan yang lebih baik bagi kanak-kanak pasca-COVID-19.

Program live stream ini boleh ditonton di www.youtube.com/c/oneloveasia, dan sumbangan boleh dilakukan dengan butang ‘Donate Now’ di YouTube secara langsung ke akaun UNICEF ketika live stream dan boleh didapati dalam tempoh 30 hari selepas konsert.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.onelove.asia

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA