MANAP KARAOKE JADI “PENGHIBUR BARISAN HADAPAN” UNTUK MALAYSIA



Dalam keadaan sekarang ini, pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk mengisi waktu lapang. Ada juga pihak yang tampil berusaha untuk membantu orang lain dalam meringankan beban, menjadi pemangkin semangat serta menghiburkan kita. Antara individu yang dimaksudkan ialah Manap dan kawan-kawan yang akan tampil terus di rumah anda untuk hiburkan anda semua.

Bagi yang ingin mengenali Manap lebih dekat, boleh menonton filem arahan pengarah filem pecah panggung, Hantu Kak Limah Mamat Khalid, yang dibawakan oleh Astro Shaw diterbitkan oleh Enjit Enjit Semut dan Vision Studios (M), di bawah produksi Enjit Enjit Semut ; MANAP KARAOKE akan ditayangkan pertama kali terus ke pawagam rumah anda, Astro First bermula 7 Mei ini.


Dalam filem ini Manap dilakonkan oleh Joey Daud membuka perniagaan Karaoke bergerak dari rumah ke rumah dengan menggunakan sebuah lori. Pelanggan tidak perlu ke luar lebih dari 10KM kerana Manap dibantu oleh rakan-rakannya akan hadir di kawasan perumahan untuk membolehkan penduduk berhibur.

Menurut Pengarah Filem Manap Karaoke, Mamat Khalid, “Keistimewaan filem ini bukan sahaja tertumpu pada penceritaan dan watak semata-mata, tetapi ia juga mengembalikan nostalgia lagu-lagu 90an yang masih popular hingga saat ini. Saya anggap ini adalah masa yang sesuai untuk tampilkan filem komedi dalam keadaan sekarang, pasti ada di antara kita yang risau, tertekan mahupun kebosanan. Jadi, saya harap karya ini dapat menghiburkan dan memberi semangat kepada penonton dengan jenaka dan lagu-lagu yang boleh membuat mereka menyanyi bersama. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Astro Shaw yang meletakkan kepercayaan pada karya ini untuk dipersembahkan kepada penonton ketika tempoh PKP ini. Ini juga adalah khas buat penonton dan peminat yang rindukan karya saya di pawagam.”


Beliau sememangnya terkenal dengan karya yang memenuhi cita rasa dari pelbagai aspek yang pada dasarnya ada hiburan ringan, tetapi pada asasnya ada parodi dan satira yang ada subteks yang boleh dikupas. Jadi bagi mereka yang rindukan karya Mamat Khalid, ini adalah masanya untuk menyaksikan filem terbaru beliau dan sekaligus berhibur dengan jenaka yang diselitkan.

Manap Karaoke menjadi filem Malaysia pertama yang dibawa terus ke rumah anda. Penonton dapat duduk di rumah, bergelak ketawa bersama keluarga disamping menikmati kualiti filem sebenar seperti di pawagam. Langkah ini sememangnya bertepatan dengan suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan dan memasuki fasa ke-4.


Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Corak tontonan rakyat Malaysia berubah sejak PKP. Banyak aktiviti di rumah dihabiskan dengan menonton. Mereka dahagakan filem-filem yang berkualiti dan segar oleh yang demikian kami sentiasa berusaha untuk membawakan konten-konten yang terbaik buat penonton Astro ketika tempoh PKP ini. Manap Karaoke adalah sebuah filem komedi yang sarat dengan mesej positif yang boleh diambil sebagai teladan. Ia juga bertepatan dengan tema ramadan Astro ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’, di mana Astro Shaw mempersembahkan sebuah filem yang ada nilai hubungan persaudaraan serta mampu mengukir senyuman serta mengembirakan dengan lawak jenaka yang sesuai untuk tontonan setiap lapisan masyarakat.

Astro percaya bahawa keutuhan sesebuah ikatan bermula daripada senyuman dan ini membolehkan rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi apa jua cabaran.


Manap Karaoke membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Joey Daud (Manap), Pekin Ibrahim (Rauf Bogiba), Mona Allen (Jamizan), Ropie (En Kamarulzaman), Sharwani NS (Wahab B), Imuda (Pak Mid), TJ Isa (Mat Khuda), Arwah Rab Khalid (Taiko Tai), Arwah Man Kadir (Tok Imam), Ziema Din (Kak B Vavavom) dan ramai lagi.

Kisah Manap Karaoke bermula apabila Manap mendapat idea untuk membuka pusat karaoke lain daripada yang lain, iaitu karaoke bergerak. Wahab B menawarkan lori ayahnya dan menjadi pembantu untuk menguruskan peniagaan bersama Manap. Jadi, bermulalah bisnes karaoke mereka. Macam-macam insiden lucu terjadi ketika sesi karaoke dijalankan. Bisnes mereka juga mendapat sambutan hangat oleh penduduk kampung tidak kira bangsa dan peringkat umur.

Sementara itu, bisnes karaoke Rauf Bogiba di kampung mereka semakin tidak mendapat sambutan. Rauf Bogiba tidak berpuas hati dan menyerang Manap sehingga berlaku pergelutan dan memusnahkan karaoke bergerak Manap. Bermulalah “perang” di antara Manap dan Rauf Bogiba.

Jangan lupa untuk sewa Manap Karaoke, buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 7 Mei 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Manap Karaoke selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. 


Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Manap Karaoke, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw. Penonton juga boleh berhibur dengan Manap menerusi TikTok Manap.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING