MITEC BAWAKAN CITARASA KAMPUNG SEMPENA BULAN RAMADAN



Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) meneruskan operasi perniagaan walaupun negara sedang dilanda pandemik COVID-19 dengan memperkenalkan menu Ramadan yang bertemakan Citarasa Kampung.

Pilihan menu (www.mitec.com.my/Ramadan-specials/) boleh didapati sekarang, sama ada menerusi khidmat penghantaran atau dibawa pulang untuk syarikat korporat atau individu sehingga 22 Mei 2020.

Semua makanan disediakan di bawah kawalan persekitaran yang selamat dan bersih selaras dengan persijilan Halal dan ISO 22000:2018 (sistem pengurusan keselamatan makanan). Selain itu, MITEC juga mempunyai persijilan HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Point). 

Disediakan oleh pasukan tukang masak yang pernah memenangi anugerah, Citarasa Kampung menampilkan dua pilihan set hidangan yang berharga RM18++ dan RM38++ di mana RM2 dari setiap jualan akan disalurkan kepada badan amal yang dipilih oleh MITEC. 

Untuk tempahan, sila hubungi talian +603 6206 0100 atau email ke sales@mitec.com.my

Untuk maklumat lanjut sila layari www.mitec.com.my atau ikuti laman Facebook @MITEC.MY, LinkedIn – Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Twitter dan Instagram @MITEC_MY).

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM