MUKARAKAT LANCARKAN SINGLE “N.O.S (NAME OF SURVIVORS)”



Syarikat rakaman Def Jam Indonesia sekali lagi tampil memberikan yang terbaik untuk peminat muzik hip-hop/rap. Kali ini giliran MukaRakat bagi menunjukkan kemampuan mereka melalui single terbaru berjudul "N.O.S (Name of Survivors)".

Bagi yang mungkin tidak tahu, Def Jam adalah label hip hop terbesar di dunia, di bawah naungan Universal Music dengan fokus kepada genre muzik ‘vibrant‘ hip hop, rap dan R n' B. Berbalik kepada MukaRakat, kumpulan yang berasal dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia ini dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Lipooz, DirtyRazkal, D'Flow, I'm Rapholic, dan DJ Geramar.

Seperti yang mungkin anda ketahui, muzik MukaRakat berorientasikan hip-hop tradisional atau lama. Begitu juga dalam single "N.O.S (Name of Survivors)", mereka masih memilih lagu hip-hop old school untuk trek mereka. Jika dilihat pada lirik, ia adalah cerita tentang pengalaman perjalanan mereka dalam industri muzik selama ini, di mana kerja keras, usaha gigih, serta sokongan dari ramai individu menjadikan mereka terus kuat berusaha demi minat mereka.

"Mesej yang dibawa lagu ini adalah bagi mencapai setiap kejayaan ianya memerlukan usaha yang gigih, perlu enjoy setiap proses dan tentu saja perlu ada keikhlasan yang tulus dalam berkarya," kata Lipooz.

Apa yang menarik, mereka turut memasukkan kosa kata bahasa daerah Nusa Tenggara Timur ke dalam lirik. Satu cara yang bijak dalam usaha memperkenal dan menyebarkan budaya Indonesia Timur dengan lebih meluas.

Dari segi bunyi, susunan muzik dari MukaRakat untuk single "N.O.S (Name of Survivors)" masih tetap menggunakan konsep hip-hop lama seperti dalam single mereka sebelum ini.

Walaupun tiada perbezaan khusus dalam susunan muzik, mereka telah menambah sesuatu yang baru iaitu penggunaan bunyi bass yang lebih old school, yang tentu saja lebih raw. Mereka turut memasukkan bunyi-bunyian daripada alat muzik tradisional Nusa Tenggara Timur sebagai fill-ins di beberapa bahagian. Alat muzik tradisional dan bahasa daerah dari tempat asal mereka memang sering digunakan dalam setiap karya mereka.

"Penggunaan bahasa daerah adalah karakter dan juga identiti MukaRakat," tambah Lipooz. Kekuatan rima, flow yang pantas dan lancar, kombinasi muzik etnik dan moden, identiti kearifan tempatan (local wisdom), dan kritikan sosial adalah elemen utama bagi karya MukaRakat untuk tetap berada di pentas muzik hip-hop dan juga dalam industri muzik negara itu.


Sementara menanti pandemik Covid-19 di Indonesia berakhir, anda harus mendengar single "N.O.S (Name of Survivors)" berulang kali. Selamat mendengar!

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI