PKP: ARIF RAFEE TERUS MANTAPKAN DIRI DEMI LAKONAN SINETRON



Arif Rafee, yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan nyanyian Zerone pada tahun 2016 kini telah melebarkan sayapnya ke Indonesia untuk menceburi lakonan sinetron apabila disunting pernerbit di sana. Walaupun rancangan Arif untuk ke Indonesia telah tergendala akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak muda ini kekal positif dan terus memantapkan lakonannya dalam pertuturan Bahasa Indonesia. Ikutilah interviu ringkas kami bersama Arif Rafee:

1) Apakah perkembangan terbaharu?
Saya sibuk memantapkan diri dalam bidang lakonan. Seminggu sebelum PKP diumumkan, saya telah hadir ke Indonesia untuk berbincang mengenai tawaran lakonan yang saya terima. Namun demikian setelah sahaja umumnya PKP, rancangan tersebut telah ditangguhkan. Tapi, dalam masa yang sama saya masih terus memantapkan diri saya dengan melatih diri saya sendiri dengan penjiwaan karya skrip berdialog bahasa Indonesia. Saya rasakan tugasan bercakap menggunakan bahasa rasmi Indonesia adalah agak mencabar bagi saya. Insyallah jika semuanya dalam keadaan yang sempurna seperti sediakala, saya bertolak ke Indonesia untuk memulakan pengambaran bersiri drama di Indonesia selepas Aidilfitri.

2) Bagaimana Arif menjalani PKP? 
Dalam tempoh PKP, saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga tercinta, di halaman kampung saya di Johor. Antara aktiviti di rumah yang menjadi rutin saya ketika PKP adalah melakukan senaman bersama keluarga tercinta pada setiap pagi dan selepas sahaja berbuka puasa kami sekeluarga akan solat Terawih bersama.

3) Apakah pengalaman PKP yang sukar dilupakan?
Pengalaman yang sukar untuk dilupakan semasa PKP adalah saya ditahan oleh anggota askar dan polis ketika saya ingin pulang ke halaman kampung saya. Suasana yang dirasakan seolah-olah dalam dunia tawanan peperangan, melihat setiap anggota berpegangan senjata di tangan. Apabila ditahan, bermacam-macam soalan diajukan, tetapi semuanya Alhamdulillah dengan izin Allah selepas membuat ujian saringan saya dibenarkan pulang ke kampung halaman saya.

4) Bagaimanakah persiapan hari raya? 
Persiapan hari raya saya pada tahun ni bersama keluarga mungkin ala kadar sahaja pada tahun ini, disebabkan keadaan gawat. Saya tetap menyambut kehadiran Syawal tetapi dengan cara yang biasa sahaja di kampung halaman saya sahaja di Johor Bahru.

5) Apakah harapan dan projek selepas PKP? 
Harapan saya moga kehadiran saya dalam industri ini dapat diterima oleh semua masyarakat suatu hari nanti sama ada di Malaysia mahupun di negara seberang. Nantikan projek baharu saya di sinetron Indonesia - Qaseh Abadi dan Pacarku Cowok Muda.

Akhir sekali saya ingin ucapkan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua sahabat saya serta keluarga yang sentiasa menyokong saya umpama tulang belakang saya dan sentiasa memberi kata-kata semangat untuk saya berjaya.


Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA