PRESTO MELANCARKAN KEMPEN ‘ADA PRESTO RAYA GEMPAK’



Menerusi kempen ‘Ada PrestoMall Raya Gempak’, pelbagai tawaran dengan nilaian hebat disediakan sebagai daya tarikan untuk para pelanggan membuat persiapan menjelang hari raya yang bakal disambut tidak lama lagi. Malahan, potongan diskaun sehingga 70% turut diberikan. 

Di samping itu, Presto juga menampilkan jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia seperti KINOHIMITSU, Super Coffee, Nutrigold, Nestle dan jenama barangan keperluan elektrik seperti Cornell, Phillips, Hetch dan sebagainya. 

Di antara tawaran lain yang disediakan : 

  • Tawaran ‘Flash Deal’ harian dan Tawaran ‘Beat The Clock 12 am dan12 pm’ 
  • Senarai semak produk Hari Raya dan juadah berbuka puasa, barangan keperluan rumah, kosmetik, wangian, suplemen kesihatan dah sebagainya. 
  • Kupon, e-baucar Hari Raya dan sebagainya 
Pautan ‘Ada PrestoMall Raya Gempak’: https://promotion.prestomall.com/ada-prestomall-raya-gempak


‘Boleh Raya Dengan Boost’ 

Berita baik untuk ahli Boost, bermula sekarang sehingga 31 Mei 2020 berbelanja secara online untuk persiapan raya di PrestoMall dan nikmati penjimatan hebat dengan ‘Boosted Weekly Deals’. Dengan pembelian minimum sebanyak RM120 dalam satu resit di PrestoMall, para pengguna berpeluang untuk mendapatkan RM8 baucar PrestoMall disamping rebat tunai sebanyak12% (maksimum RM10) daripada jumlah resit anda. 

Pautan ‘Boleh Raya Dengan Boost’: https://promotion.prestomall.com/pay-with-boost


‘GrabPay Raya Deals Dari Rumah’ 

PrestoMall berkolaborasi bersama GrabPay bersempena dengan sambutan Hari Raya, dari 9 April 2020 hingga 7 Jun 2020 membeli-belah dengan promosi GrabPay di PrestoMall untuk menikmati lebihan potongan harga barangan terpilih. Semua produk yang terdapat melalui kempen ini akan bersilih ganti dari masa ke semasa dan para pengguna hendaklah membuat pembayaran melalui GrabPay sahaja untuk menikmati harga promosi tersebut. 

Pautan ‘GrabPay Raya Deals Dari Rumah’ https://promotion.prestomall.com/GrabPayPromo


Pelancaran Kerjasama Eksklusif PrestoMall X Happy E Mart 

PrestoMall menjalinkan kerjasama startegik dengan Happy E Mart yang dikenali sebagai Happy Momentum, unit eBiz Kumpulan KK Companies (KK Super Mart) merupakan rangkaian kedai serbaneka 24 jam yang berkembang pesat di Malaysia yang bertujuan memudahkan pemembelian barangan runcit dalam talian dan juga penghantaran makanan. Melalui kerjasama strategik ini Presto menawarkan: 

  • Makanan sedia dimakan dari restoran yang dijamin halal seperti ABC Restaurant & Tappaw Corner. 
  • Makanan mentah sejuk beku yang sedia dimasak seperti kentang goreng, sosej, dan burger dari jenama Ramly. 
  • ‘Pastries’ dan pelbagai jenis kuih-muih, roti, cake dan biscuit daripada Baiwago Plus Café. 
  • Barang-barang keperluan daripada KK Super Mart seperti minuman ringan, makanan kering dan barangan asas kehidupan seperti peralatan mandi, barangan keperluan rumah, hand sanitizer, keperluan kesihatan dan sebagainya. 
  • Barangan segar daripada KK Fresh seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging mentah halal, makanan laut dan banyak lagi. 
Presto juga memperkenalkan servis penghantaran pada hari yang sama sekitar Lembah Klang dengan caj minimum RM15 untuk setiap pesanan yang dibuat sebelum jam 11pagi manakala pesanan dibuat selepas jam 11 pagi akan dihantar pada keesokkan harinya. 

Pautan PrestoMall X Happy E-Mart: https://prestomall.com/store/kkemart


‘Presto No Expiry Raya E Gift Cards’ 

Tidak ketinggalan, promosi Presto E-Gift kad bermula pada 21 May ke atas untuk penjimatan berganda. Raya E-Gift kad ini didatangkan dengan pelbagai domain serendah RM5 sehingga RM2000 nilaiannya. Kekal selamat dengan kaedah tanpa tunai pada raya tahun ini dengan menghadiahkan orang tersayang dengan ‘no expiry Raya E Gift Cards’. Kad istimewa yang tiada tarikh luput ini boleh diguna pakai dengan berbelanja secara dalam talian, membeli keperluan harian sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri, disamping membuat pesanan makanan yang di hantar ke rumah tanpa perlu bersusah payah. 

Pautan Presto E Gift Card: https://www.prestomall.com/store/prestopay


Belanja dan Menang sehingga 30,000 AirAsia Big Points 

Peraduan ini bermula dari 17 April sehingga 31 May 2020, pengguna berpeluang untuk memenangi sehingga 30,000 AirAsia BIG Points dengan berbelanja serendah RM100 di PrestoMart. Para pemenang yang bertuah akak diumumkan di laman rasmi Facebook PrestoMall. Lebih banyak anda berbelanja di PrestoMart, lebih tinggi peluang untuk anda memenangi AirAsia BIG Points. 



Penebusan Bonuslink Points 

Bermula 1 Mei dan keatas, para pemengang kad Bonuslink boleh mula menebus mata ganjaran Bonuslink mereka di PrestoMall dan pilih dari 100 barangan menarik dan eksklusif seperti ‘face mask’. ‘sanitizers, periuk tekanan pintar, penyedut hampagas serbaguna, 480GB SSD dan pelbagai barangan menarik yang lain. ‘Lebih banyak mata ganjaran Bonuslink yang anda ada, lebih banyak barangan yang boleh ditebus’. Para pelanggan boleh memuat turun aplikasi Presto secara percuma dan menebus mata ganjaran mereka. 

Pautan Bonuslink Redemption: https://promotion.prestomall.com/BonusLink


Game Presto: Ketupat Collector 

Dengan semangat Hari Raya yang bakal menjelang tiba, bermula 1 May 2020 sehingga 31 May 2020 main permainan Ketupat Collector secara eksklusif di PrestoMall. Main dan kumpul sebanyak mungkin ketupat dan menangi kredit PrestoPay dan setiap pengguna (pengguna berdaftar) berpeluang untuk bermain sehari sekali. 



Justeru, bagi menghidupkan perayaan Aidilfitri dengan cara yang selamat melalui kempen ‘Ada Presto Raya Gempak’ bersama keluarga dan sahabat handai. Para pelanggan boleh menikmati penurunan harga dan penjimatan hebat dengan memuat turun Presto secara percuma di iOS atau Google Play Store. Akhir sekali, Presto ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

BUKAN SEKADAR HIBURAN, FILEM "MEREKA YANG TERTEWAS' MENGAJAK PENONTON MERENUNG MAKNA KEHIDUPAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.