PROGRAM SUN LIFE TUNJUKKAN TREND PENINGKATAN DIABETES



Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad (Sun Life Malaysia), penyedia insurans hayat dan Takaful Keluarga telah berkongsi hasil penemuan inisiatif saringan glukosanya di seluruh negara melalui Program Saringan Brighter Health yang menunjukkan bahawa 74.3% daripada 12,949 rakyat Malaysia yang disaring mempunyai bacaan glukosa darah lebih tinggi daripada biasa[1]


Program ini juga turut menunjukkan trend penyakit kencing manis yang semakin meningkat bukan sahaja di kalangan warga tua tetapi juga di antara populasi muda. Secara khususnya, lebih 80% daripada mereka yang berumur 50 tahun ke atas dan 60% yang berumur antara 18 hingga 30 tahun menunjukkan bacaan glukosa darah yang lebih tinggi dari biasa. 

Mengulas mengenai penemuan itu, Raymond Lew, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Ketua Negara bagi Sun Life Malaysia berkata, “Matlamat Program ini adalah untuk mengenal pasti lebih banyak kes diabetes yang tidak didiagnos dan meningkatkan kesedaran mengenai pencegahannya. Ia adalah sejajar dengan matlamat perniagaan kami untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat. Ujian glukosa darah secara percuma dijalani melalui 127 cawangan farmasi komuniti dan juga acara Brighter Lives Roadshows yang membolehkan kami menjangkau lebih ramai orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Melalui Program ini, kami telah menjangkau 12,949 rakyat Malaysia di seluruh negara, jauh melebihi sasaran awal kami iaitu 10,000 orang.” 


“Negara kita sedang mengalami pandemik global dan pada masa inilah, jelas menunjukkan bahawa tahap kesedaran yang tinggi serta pengambilan langkah pencegahan segera adalah penting untuk memerangi pelbagai isu-isu kesihatan. Penemuan Program kami ini sangat membimbangkan kerana bacaan glukosa lebih tinggi daripada biasa meningkat bagi setiap kumpulan umur, seiring dengan penambahan usia. Justeru itu, kesedaran dan pencegahan diabetes dari tahap awal lagi adalah amat penting. Kami juga ingin mengetengahkan kepentingan untuk lebih proaktif dalam memerangi penyakit bahaya ini di kalangan masyarakat, sektor awam dan syarikat korporat,” kata Raymond. 

Program saringan ini telah dijalankan selama 4 bulan (September - Disember 2019) dengan kerjasama bersama penyedia kesihatan serta farmasi komuniti iaitu Walnut Wellness, Roche Diagnostics, AM PM Pharmacy, Tigas Alliance dan Health Lane Family Pharmacy. 

Program ini juga telah memperluas jangkauannya melalui pelbagai kempen di platform digital Sun Life Malaysia dan sokongan daripada Duta Sun Life Malaysia dan bintang filem terkenal, Hairul Azreen. 

Mengulas lanjut mengenai Program tersebut, Khor Xin Yun, Ketua Pegawai Eksekutif untuk Walnut Wellness berkata, “Kami di Walnut Wellness komited untuk meningkatkan kesihatan rakyat Malaysia secara menyeluruh terutamanya penyakit diabetes. 1 daripada 2 orang dari 463 juta orang dewasa yang menghidap diabetes di seluruh dunia tidak menyedari bahawa mereka menghidap diabetes. Oleh itu, kempen seperti Program Saringan Brighter Health sangat penting untuk melindungi kesejahteraan kehidupan rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang. Kami gembira melihat lebih ramai rakyat Malaysia menitikberatkan kesihatan mereka serta melihat sambutan yang mengalakkan untuk Program ini.” 


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Saringan Brighter Health Sun Life Malaysia, sila layari https://www.sunlifemalaysia.com/brighter-Lives/brighter-Health-screening-Programme/ dan juga platform media sosial Sun Life Malaysia, Facebook di www.Facebook.com/sunlifemalaysia dan Instagram di www.instagram.com/sunlifemalaysia_my untuk maklumat terkini.



[1] Saringan menggunakan ujian hujung jari (finger-prick).

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING