QLASSICO LANCAR PAMERAN BARANG KEMAS SECARA MAYA



Qlassico, e-tailer barangan kemas mutiara mewah tempatan, telah melancarkan kemudahan janji temu secara maya bagi menambah sentuhan peribadi kepada pengalaman membeli-belah secara dalam talian. Inisiatif ini sebagai menghadapi normal baharu selepas Covid-19. 

Walaupun pembeli dalam talian boleh menjadualkan pameran peribadi di luar talian dengan penjual untuk melihat barangan kemas mutiara secara lebih dekat, namun ini bukanlah pilihan terbaik pada masa yang kritikal ini di mana penjarakan sosial telah menjadi satu kebiasaan. Bagi memastikan pembeli dalam talian dapat terus menikmati perkhidmatan secara peribadi yang diberikan oleh perunding barangan kemas, Qlassico telah memperkenalkan pengalaman membeli-belah secara maya. Usaha ini dapat memberikan pengalaman membeli-belah peribadi dengan kualiti yang sama seperti pameran peribadi secara percuma. 


Janji temu secara maya dilaksanakan melalui aplikasi sidang video di mana pelanggan boleh berinteraksi secara terus dengan perunding barangan kemas dan melihat barangan kemas mutiara dengan selesa dari rumah masing-masing. Janji temu secara maya mudah diatur dengan menghantar butiran hubungan dan slot masa pilihan anda melalui laman web Qlassico di https://qlassico.com

Wong Chee Sheun, pengasas bersama Qlassico

“Pandemik ini telah mengubah cara hidup dan kita perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan yang baharu. Dengan menyediakan perkhidmatan secara digital, para pembeli dalam talian dapat menikmati perkhidmatan peribadi sebelum memuktamadkan transaksi dalam talian dengan teratur dan selamat.” kata Wong Chee Sheun, pengasas bersama Qlassico. Selain daripada meningkatkan pengalaman membeli-belah barangan kemas mewah secara dalam talian semasa tempoh yang mencabar ini, Qlassico turut menzahirkan sokongan mereka kepada masyarakat dengan menyumbang kepada tabung wabak Covid-19.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM