‘SENYUMAN RAYA’ - NUKILAN TERBAHaRU SEMPENA AIDILFITRI 2020



Seperti biasa, setiap tahun menjelang sambutan Aidilfitri , lagu-lagu klasik bertemakan Hari Raya Puasa bakal berkumandang di corong-corong radio. Dan tahun ini biarpun lagu-lagu tersebut meriah ke udara, sambutannya bakal berbeza dengan apa yang sering terjadi gara-gara pandemik Covid-19.

Atas alasan itu, Rocketfuel tampil dengan sebuah lagu berjudul ‘Senyuman Raya’ untuk mengingatkan semua orang untuk terus tersenyum biarpun Aidilfitri di Malaysia bakal disambut dalam keadaan yang berlainan gara-gara Perintah Kawalan Berkurung Bersyarat (PKPB) demi menangani wabak ini. 

Lagu ceria ini dinyanyikan oleh Sufi Rashid, Usop, Ara Johari dan juga Loca B. Ia merupakan ciptaan Iqie hugh, Firdaus Rahmat & Omar K. Manakala lirik ditulis oleh Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Loca B. 

Lagu ini juga benar-benar mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa walaupun Hari Raya Puasa pada tahun ini tidak seperti yang diharapkan dengan kemeriahan pulang ke kampung yang jauh di negeri berbeza untuk bertemu sanak-saudara, namun begitu setiap cabaran dan dugaan harus diharungi dan tetap diraikan dengan #Senyuman 

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, 

”Tahun ini umat islam berdepan dengan pandemik yang begitu menguji kesabaran dan kemeriahan suasana sambutan aidilfitri apatah lagi apabila takbir raya berkumandang nanti. Senyuman Raya ini diharap mampu menerbitkan kegembiraan dalam hati setiap insan . Lagu ini juga menyahut seruan tema aidilfitri 2020 iaitu Indahkan Senyuman , Eratkan Jalinan .” 

Lagu ‘Senyuman Raya’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN