KOTEX BANTU WANITA DENGAN KEMPEN #KOTEXSHECANFUND



Semenjak penubuhannya pada tahun 1920, Kotex telah membantu wanita dalam waktu yang memerlukan dan sebagai jenama terkemuka dalam produk penjagaan wanita, Kotex sebagai jenama yang dekat dihati wanita di Malaysia. Kotex bukan sahaja menyokong wanita pada setiap bulan dengan pelbagai produk kebersihan wanita namun Kotex sentiasa berkolaborasi dengan wanita di serata dunia dalam membantu mereka mencapai impian, memperkasa hidup mereka dan semua disekelilingnya melalui #KotexSheCanFund.

Dalam perjuangan agar kaum wanita terus maju, Kotex turut menyokong Vimala Kanagaratnam, seorang rakyat Malaysia dan beberapa entiti tempatan dalam usaha mereka mengedarkan produk kebersihan wanita kepada wanita dan remaja perempuan yang memerlukan. 

Pandemik semasa yang melanda dan pengamalan penjarakkan sosial tidak mudah untuk semua. Situasi semasa memerlukan penjagaan diri yang rapi, mungkin ada yang ambil peluang ini untuk membakar kek dan mencuba cabaran media sosial, namun ada yang berhadapan dengan situasi getir dalam menjalankan tanggung jawab untuk mencari rezeki buat keluarga tersayang. Walaupun rakyat Malaysia telah memberikan bantuan dengan pelbagai cara kepada barisan hadapan dan mereka yang memerlukan, Vimala, Persatuan Kesihatan Reproduksi Keluarga Selangor & Wilayah Persekutuan (SWP FReHA) dan Inisiatif Transformasi Komuniti menyedari keperluan wanita pada setiap bulan, terutama mereka yang berada di dalam zon Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketat (EMCO). 


Kotex mendapat tahu tentang inisiatif hebat Vimala yang membuat hantaran produk kebersihan wanita kepada wanita dan remaja perempuan yang tidak dapat membelinya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dari artikel baru-baru ini yang diterbitkan oleh media tempatan. Usaha Vimala selari dengan kepercayaan Kotex terhadap wanita yang menyokong wanita dan melalui #KotexSheCanFund, Kotex memberikan wanita sebuah platform untuk mencapai impian yang mereka idamkan. 

Untuk menyokong Vimala dan usahanya dalam membantu kaum wanita, #KotexSheCanFund telah menyokong inisiatif Vimala dengan membekalkan 384 paket produk penjagaan wanita Kotex iaitu bersamaan dengan 6,100 tuala wanita, untuk diedarkan kepada komuniti di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang. Produk penjagaan wanita tersebut akan diedarkan kepada keluarga, remaja perempuan dan wanita di komuniti B40 yang kebanyakannya menghadapi cabaran kerana pendapatan rumah terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kami sedar akan semangat Vimala untuk membantu orang lain. Semangat ini melambangkan falsafah Kotex - wanita membantu wanita” kata Frenissa Lagman, Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia. Dalam 24 jam pertama Vimala melancarkan inisiatif ini, beliau telah menerima 7 paket produk penjagaan wanita dari kenalannya. Kini setelah sebulan, inisiatifnya telah meraih sokongan bukan sahaja dari masyarakat umum tapi dari Kotex. 


Kotex SheCanFund bakal menyediakan 120 paket produk penjagaan wanita kepada SWP FReHA dan Inisiatif Transformasi Komuniti masing-masing. Sejumlah 3,800 tuala wanita akan diedarkan kepada wanita dan remaja perempuan di komuniti B40 dan komuniti pelarian yang terletak di Lembah Klang. 

“Kami raikan usaha Vimala, SWP FReHA dan Inisiatif Transformasi Komuniti dengan bantuan melalui Kotex She Can Fund dan berharap mereka akan terus memberi inspirasi kepada wanita dan remaja perempuan diluar sana untuk menyokong wanita lain. Ianya sangat menggembirakan dapat melihat persaudaraan antara wanita utuh, dan berkongsi semangat #SHECAN,” tambah Frenissa.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM