STARBUCKS TAWARKAN SET KOMBO IFTAR BERSAMA



Sempena bulan Ramadan ini Starbucks telah melancarkan Caramel Sweet Corn Frappuccino, satu minuman istimewa yang diinspirasikan daripada ‘Air Jagung’ yang menjadi kegearan ramai di pasar Ramadan. Diperbuat daripada sos jaging manis premium, milk, sos karamel dan krim teh hijau, minuman ini pastinya membuatkan anda terkenang akan kemeriahan pasar Ramadan tahun-tahun lampau.

Untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, Starbucks juga telah memperkenalkan Chewy Kurma Cookies, yang diperbuat daripada oats, kurma dan kayu manis. Cookies yang enak ini boleh didapati secara individu (sekeping) atau 4 keping di dalam kotak, untuk memudahkan penghantarannya sebagai hadiah kepada rakan-rakan atau saudara-mara.


Pelanggan Starbucks boleh menggunakan aplikasi Grab atau Foodpanda untuk menempah minuman Caramel Sweet Corn Frappuccino dan Chewy Kurma Cookies dengan harga istimewa untuk dihantar kepada mereka. Starbucks turut menghidangkan Set Combo Iftar Bersama, iaitu dua minuman buatan tangan bersaiz Grande dan sepotong ke untuk RM29.90 sahaja.

Kad Starbucks Edisi Aidilfitri 2020 

Kad Starbucks Aidilfitri 2020 yang menampilkan corak bungaan Batik Malaysia boleh didapati dengan harga aktivasi minimum RM50, sesuai untuk dijadikan hadiah kepada orag yang tersayang.

Set Kombo Iftar boleh didapati di semua kedai Starbucks mulai 12 Mei. Minuman Caramel Sweet Corn Frappuccino, Chewy Kurma Cookies dan Kad Starbucks Edisi Aidilfitri 2020 boleh didapati sekarang di seluruh negara, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.starbucks.com.my

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM