SUBWAY® MALAYSIA LANCAR KEMPEN “DISCOVER AND PAY FORWARD”



Subway Malaysia melancarkan kempen komuniti, “Discover and Pay Forward” dan akan menyumbangkan sehingga 7.000 hidangan kepada petugas barisan hadapan, para gelandangan dan fakir miskin untuk setiap sandwic Subway yang dibeli bermula dari 11 Mei hingga 23 Mei 2020. 

Menurut Pengarah Negara Subway Malaysia Samad Shariff, inisiatif masyarakat ini, dengan kerjasama Coca-Cola adalah sebahagian daripada satu siri aktiviti untuk membantu meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19. 

“Di Subway kami memberikan komitmen dalam penyediaan pilihan makanan yang lazat dan berkhasiat untuk rakyat Malaysia. Selaras dengan ikrar ini, kami akan menyumbangkan sehingga 7.000 hidangan Subway kepada mereka yang terkesan oleh wabak Covid-19 dan juga petugas barisan depan yang sedang memerangi penyebaran virus di Malaysia," kata Shariff. 

Kempen ini diadakan sempena pelancaran menu Subway Malaysia yang menampilkan 12 ramuan dan perisa baharu. Antara sandwich baharu yang diperkenalkan adalah Bulgogi Chicken with mozzarella cheese, Breaded Chicken Cutlet with Spicy Mayo sauce dan Smoky Chicken with Hot Pepper sauce. Para pelanggan juga boleh memilih hidangan sampingan macaroni dan keju sebagai tambahan.

Breaded Chicken Cutlet with Spicy Mayo sauce

Bulgogi Chicken with mozzarella cheese

Smoky Chicken with Hot Pepper sauce

Sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac, Subway Malaysia telah menyediakan lebih dari seribu hidangan Subway kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, pelajar-pelajar yang Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) yang terkandas dan masyarakat kurang bernasib baik melalui organisasi bukan berasaskan keuntungan, Yellow House KL. 

Untuk mencegah penularan Covid-19, Subway Malaysia memastikan kesihatan dan keselamatan warga kerja dan para tetamu terjaga dengan prosedur kebersihan tambahan yang lebih ketat. 

Orang ramai boleh menyertai kempen "Discover and Pay Forward" Subway Malaysia dari 11 Mei hingga 23 Mei 2020. Menu Subway baharu boleh didapati secara bawa pulang di kedai-kedai Subway atau melalui penghantaran melalui Foodpanda dan GrabFood. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://subwayisfresh.com.my/.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM