TIME - ‘STRONGER CONNECTIONS, STRONGER TOGETHER’



Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini pasti berbeza. Dengan peraturan ketat yang dikenakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk balik kampung semasa musim perayaan ini. Dengan adanya perubahan tersebut, sudah tentunya amat penting untuk orang ramai terus berhubung dengan keluarga masing-masing pada Hari Raya ini. Menyedari situasi tersebut, TIME dotCom Berhad (“TIME”) telah mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen mesra Hari Raya - Stronger Connections, Stronger Together - bermula 20 Mei 2020. 

Kempen ini bertujuan untuk mengumpulkan orang ramai bagi meraikan perayaan ini bersama secara maya, dan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menikmati dan berkongsi suasana beraya di rumah, di samping mengamalkan peraturan penjarakan selamat dalam memerangi wabak ini. Berdasarkan norma sosial baharu, kempen ini menggalakkan orang ramai menyebarkan semangat positif melalui video dengan ucapan mesra buat yang tersayang di Hari Raya, berkongsi saat-saat indah perayaan tanpa mengira jarak dan halangan yang ada di antara mereka. 

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam kempen Raya ini untuk menyebarkan kegembiraan dan semangat positif boleh mengirim gambar atau video anda menari atau menyanyi lagu-lagu Raya, menunjukkan makanan Raya atau video anda memasak di Instagram dan Facebook. Cuba jadi kreatif dan rakamkan cara anda beraya di rumah dan sertakan ucapan atau mesej dengan tanda pagar #SatuSamaRayaTIME. Para peserta juga digalakkan untuk ‘tag’ tiga (3) rakan atau ahli keluarga di dalam gambar atau video mereka bagi menyebarkan lagi semangat positif dan kemeriahan Hari Raya. 

Sepanjang PKP/PKPB, TIME telah mendedikasikan sumber-sumbernya untuk memastikan para pelanggan terus terhubung dan disokong. Untuk Hari Raya tahun ini, TIME akan bekerja keras sepanjang hari untuk menyampaikan pengalaman jalur lebar gentian supaya para pelanggannya akan terus terhubung. Jarak antara anda dan yang tersayang tidak pernah sedekat ini. Marilah kita terus kuat bersama untuk Hari Raya yang lebih indah. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen Raya “Stronger Connections, Stronger Together”, layari http://www.time.com.my/stronger-connections-stronger-together.


Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA