BIG LOYALTY & PRESTO BERSAMA TAWAR PENEBUSAN 1 JUTA BIG POIN



BIG Loyalty menjalin kerjasama dengan Presto, aplikasi pelbagai perkhidmatan gaya hidup pertama keluaran Malaysia, untuk membolehkan Ahli BIG bayar menggunakan BIG Poin dan nikmati lebih penjimatan apabila mereka membeli-belah secara online dalam aplikasi Presto. 

Mulai hari ini, Ahli BIG boleh menghubungkan akaun BIG mereka ke akaun Presto mereka dalam aplikasi Presto untuk bayar pembelian online menggunakan BIG Poin melalui PrestoPay, satu ciri dalam aplikasi Presto. 


Untuk meraikan kerjasama ini, BIG Loyalty dan Presto akan memberikan 1 juta BIG Poin melalui kempen ‘BIG Presto Pemberian 1 Juta BIG Poin' dari 1 Jun hingga 31 Julai 2020. 

Dalam tempoh kempen 2 bulan ini, Ahli BIG yang menghubungkan akaun BIG mereka ke aplikasi Presto akan mendapat 125 BIG Poin PERCUMA*.

Setelah menghubungkan akaun, Ahli BIG akan mendapat 125 BIG Poin tambahan* apabila mereka membeli minimum RM300 e-Kad Hadiah Presto (tiada tarikh luput) yang boleh digunakan untuk membeli barangan runcit dan keperluan secara online di PrestoMall serta memesan penghantaran makanan dalam aplikasi Presto.

Spencer Lee, Ketua Pegawai Eksekutif BIGLIFE Sdn Bhd berkata, “Kami sangat berbangga dapat mengintegrasikan BIG Poin ke dalam dompet digital Presto. Ini memberikan banyak manfaat kepada ahli-ahli kami kerana mereka mempunyai lebih banyak kebebasan memilih cara untuk menggunakan BIG Poin mereka. Kerjasama dengan Presto ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha kami untuk terus memperluaskan penggunaan BIG Poin sebagai mata wang digital sejagat untuk semua.”

Cheong Chia Chou, Ketua Pegawai Eksekutif PUC Berhad berkata, “Kami sangat gembira membawa BIG Loyalty ke platform kami kerana mereka merupakan syarikat terkemuka dalam komuniti pelancongan dan gaya hidup di rantau Asia. Ini akan membolehkan berjuta-juta Ahli BIG menebus pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Presto dan juga selaras dengan objektif Presto untuk terus memperkembangkan Presto sebagai ‘aplikasi super’ gaya hidup untuk semua orang.”

Ahli BIG boleh memperoleh BIG Poin apabila mereka berbelanja dengan lebih daripada 300 rakan kongsi termasuk portal dalam talian, kedai luar talian, institusi kewangan dan banyak lagi. Ahli BIG juga boleh memperoleh Poin BIG atas perbelanjaan harian dengan menggunakan Kad Kredit AirAsia.

Sebagai sebahagian daripada promosi Raya, Ahli BIG dapat menikmati **RM200 ‘Cashback’ dan **5,000 BIG Poin Bonus apabila mereka memohon Kad Kredit AirAsia sebelum 30 Jun 2020 di www.airasiacards.com Untuk maklumat lanjut mengenai BIG Poin, muat turun aplikasi BIG Loyalty atau ikuti laman Facebook, Twitter dan Instagram.

*Terhad kepada 4,000 akaun pertama yang berjaya dipautkan.
**Tertakluk kepada terma dan syarat.


Kredit foto: Woman photo created by freepik - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA