FARIZ JABBA KETENGAH MASALAH KESIHATAN MENTAL DALAM LAGU



Fariz Jabba buat pertama kalinya berkongsi kisah peribadi beliau dalam bergelut dengan masalah kesihatan mental. Penyanyi rap yang berbakat besar tersebut berharap melalui kisahnya dalam Nak Tak Nak, mereka yang turut mengalami nasib yang sama akan berasa tidak dipinggirkan bahkan lebih berani untuk tampil ke depan dan tidak malu untuk meminta bantuan. 

Lagu dan Video Lirik Rasmi Nak Tak Nak telah dicipta dan diarahkan oleh Flightsch, membawa maksud yang baharu buat Fariz Jabba di mana penyanyi berusia 23 tahun ini mengalami masalah kemurungan semasa tempoh Circuit Breaker (Perintah Berkurung di Singapura). Mengimbas kembali lagu tersebut yang telah diilhamkan 2 tahun lalu, beliau mendengar dirinya yang terdahulu seolah-olah berkata sesuatu kepada dirinya dalam Nak Tak Nak, sama ada beliau masih boleh menjadi artis dan individu yang dimaksudkannya di awal kemunculan kerjayanya. Lantas Fariz Jabba tampil meminta bantuan yang diperlukannya daripada rakan-rakan dan keluarga – maka bermulalah perjalanan beliau ke arah pemulihan. 



Setelah berlaku perubahan pada perspektif Fariz Jabba, Flightsch telah menyusun dan mengolah semula lagu Nak Tak Nak kepada minda dan pemikiran penyanyi tersebut yang terkini. Perubahan ini seiringan dengan hala tuju Video Lirik Rasmi lagu tersebut, yang memaparkan kisah hidup beliau sepanjang 2 tahun yang lalu. Berlatarbelakangkan perjalanan seni beliau, Fariz Jabba mengajak pendengar menyelami persaaan beliau yang bergolak 2 tahun dahulu dengan yang sekarang melalui single yang dipersembahkan. 

Jelas beliau, “Nak Tak Nak merupakan segalanya buat aku. Aku mula mengarang lagu ini pada tahun 2018 dan ia merupakan sebentuk memori perjalanan kerjaya aku sebagai seorang artis setakat ni. Semenjak kita diwajibkan untuk kuarantin, situasi ini menguji kekuatan mental dan emosi aku. Sampai pada satu tahap dimana aku berasa amat sukar untuk kekal positif. Salah satu cara aku mengelak daripada perasaan dan fikiran negatif adalah dengan sentiasa menjaga pertalian kekeluargaan. Jangan khuatir untuk meminta bantuan daripada orang lain supaya kekal tabah untuk maju kehadapan. Mari kita sama-sama menghayati Nak Tak Nak yang mengisahkan pengalaman perit manis aku sepanjang 2 tahun lepas. Aku benar-benar berharap lagu ini dapat menaikkan semangat dan kekuatan buat mereka di luar sana yang sedang meneruskan perjuangan menempuhi masa sukar ini.” 

Dari punca yang rapuh, penuh ihsan dan keyakinan, Fariz Jabba melancarkan Nak Tak Nak, sebuah karya peneraju dalam menghadapi masalah kesihatan mental di lanskap Asia Tenggara dan hip hop. Lagu ini merupakan seruan Fariz Jabba kepada orang ramai agar bersamanya dalam perjalanan proses penyembuhan ini. 



Nak Tak Nak telah dilancarkan pada jam 12 tengah malam, Jumaat, 26 Jun 2020. Lagu ini juga boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, JOOX, YouTube Music, dan KKBox. Video Lirik Rasmi juga akan dipertontonkan sekaligus, di mana Fariz Jabba telah memulakan perbualan dengan peminat di YouTube Live Chat.


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI