IPC SHOPPING CENTRE PERGIAT USAHA KURANGKAN SISA BUANGAN



Usaha kitar semula di negara ini seolah-olah sudah terhenti buat seketika menyebabkan peningkatan dalam bahan buangan di tapak pelupusan sampah kita. Dalam usaha memanfaatkan sepenuhnya inisiatif kelestarian tahunannya, IPC Shopping Centre (Pusat Beli-Belah IPC) melancarkan kempen 'Trash to Treasure' (Sisa kepada Harta) untuk membantu masyarakat menjadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada ‘kebiasaan baharu’. Dari 1 Jun hingga 2 Ogos 2020, para pengunjung boleh menghantar bahan kitar semula mereka ke Pusat Kitar Semula & Beli-Balik (RBBC) IPC seterusnya menikmati ganjaran hebat eksklusif bagi kategori bahan-bahan tertentu.

Pusat beli-belah komuniti ini ialah destinasi beli-belah pertama untuk menyediakan kemudahan seperti RBBC sejak 2009. Pada tahun ini, IPC akan meneruskan usaha menjadi pusat beli-belah perintis untuk memperkenalkan dua kategori kitar semula baharu – makanan dan fabrik.




Bukan Setakat Sisa Makanan

Kira-kira 44.5 peratus daripada sisa domestik harian terdiri daripada bahan buangan makanan1. Sisa ini bukan sahaja berakhir di tapak pelupusan, tetapi ia juga membebaskan bahan kimia yang menyebabkan pencemaran udara. Selain itu, sisa makanan boleh menjejaskan kualiti air tanah. Pada tahun lepas, IPC Shopping Centre telah melancarkan program perintis sisa makanan bersama para penyewa kedai makan minum (F&B) di mana mereka telah berjaya mengumpul lebih daripada 10 tan sisa makanan dalam jangka masa setahun. 

Berikutan kejayaannya, IPC kini merupakan pusat beli-belah pertama di Malaysia untuk memperluaskan usaha kutipan bahan buangan kepada komunitinya menerusi RBBC. Para pengunjung digalakkan untuk mengasingkan dan membekukan sisa makanan mereka dalam bekas atau beg plastik yang kedap udara untuk mengelakkan sisa daripada mereput sebelum dihantar ke RBBC. Sisa organik yang dikumpulkan akan dikitar semula secara biologi dan dikompos dan diproses semula sebagai bahan makanan haiwan dan baja organik.


Mengendalikan Pakaian Lama

Di samping itu, IPC akan menyediakan tong kutipan fabrik dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk membolehkan pengunjung melupuskan produk berasaskan fabrik masing-masing yang termasuk pakaian, mainan lembut, kasut, beg, kain linen dan kain langsir. Sepertimana dengan bahan kitar semula lain, para pengunjung boleh pandu lalu dan memasukkan sisa fabrik di RBBC. Fabrik yang dikutip akan kemudiannya diasingkan untuk disumbangankan atau dikitar semula menjadi kain pengelap atau diproses semula kepada pakaian baru. 

“Semua yang kami lakukan di sini adalah demi masyarakat,” kata Mark Tan, Pengurus Perhubungan Awam dan Pemasaran Digital IPC Shopping Centre. “Sambil kita mengamalkan kebiasaan baharu, aktiviti kitar semula seolah-olah menjadi perkara terakhir yang terlintas dalam kotak fikiran kita. Bagaimanapun, sebagai sebuah pusat beli-belah lestari, kami ingin memperkasakan masyarakat untuk menjadikan kitar semula sebagai sebahagian daripada kehidupan harian mereka.” 

Beliau menyambung, “Setelah melaksanakan usaha kelestarian selama ini, sesungguhnya kami sedar bahawa penghasilan sisa tidak dapat dielakkan, tetapi pelupusan dengan cara yang bertanggungjawab boleh mewujudkan persekitaran yang lebih lestari. Dalam perkembangan semasa, kami berhasrat untuk menjadikan RBBC lebih mudah dikunjungi dan selamat untuk rakan sekerja dan juga pengunjung kami. Merujuk kepada garis panduan kesihatan terkini, kami telah mengambil segala langkah perlindungan yang sewajarnya untuk memastikan pengunjung kami boleh terus menunjukkan keprihatinan mereka terhadap alam sekitar dalam persekitaran yang selamat.”

IPC telah menitikberatkan keperluan penjarakan sosial di pusat beli-belah dan juga di dalam RBBC. Pelekat lantai dan cecair pembersih tangan diletakkan secara strategik di dalam dan di sekitar pusat tersebut untuk menjamin suasana kitar semula yang selamat untuk semua. Sebagai sebahagian daripada prosedur operasi piawai baharu, pemeriksaan suhu juga akan dilakukan di pintu masuk. 

Kempen ‘Sisa kepada Harta’ memberi ganjaran kepada pengunjung setiap kali mereka menghantar bahan kitar semula ke RBBC, termasuk bahan kitar semula kertas, aluminium dan plastik. Untuk mendapatkan ganjaran berganda: 

1. Hantarkan bahan kitar semula ke Pusat Kitar Semula & Beli-Balik (RBBC) IPC Shopping Centre yang terletak di tempat letak kereta berhampiran Tiang 8D, Aras P1.
a. RBBC dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari (ditutup dari 1 tengah hari – 2 petang).
b. Pengunjung digalakkan untuk mengasingkan bahan kitar semula mengikut jenis sisa. 

2. Timbang bahan kitar semula untuk menerima pulangan tunai dan resit kutipan.
a. Harga pembelian balik tertakluk kepada jenis dan berat bahan buangan. Kadar jumlah sisa yang diterima boleh didapati di Pusat Kitar Semula dan Beli-Balik (RBBC) dan Laman Web IPC Shopping Centre

3. Tunjukkan resit kutipan di Kaunter Maklumat, Aras G, dari sekarang hingga 2 Ogos 2020 untuk menebus ganjaran eksklusif yang disediakan: 
a. Tebus satu (1) baucar beli-belah RM10 dan satu (1) Beg Kanvas Eksklusif IPC | Dengan sekurang-kurangnya 8 kg bahan kitar semula. 
b. Tebus satu (1) baucar beli-belah RM10, satu (1) Beg Kanvas eksklusif IPC, dan satu (1) penyedut minuman logam eksklusif | Dengan sekurang-kurangnya 12 kg bahan kitar semula. 
c. Tebus satu (1) penyedut minuman logam eksklusif | Dengan sekurang-kurang 8 kg bahan kitar semula bagi ahli IPC Tack Club. 

Komitmen IPC untuk menjadikan bumi ini lebih hijau membolehkan pusat beli-belah ini bersungguh-sungguh melaksanakan pelbagai usaha kelestarian. Pusat beli-belah bertumpukan masyarakat ini merupakan salah satu daripada sebilangan kecil pusat kutipan bagi mentol lampu dan bateri dengan kandungan merkuri yang sudah luput. Selain daripada Pusat Kitar Semula & Beli-Balik, IPC menggunakan mentol lampu penjimat tenaga di dalam bangunannya untuk mengurangkan emisi karbon, dan telah meletakkan peti kitar semula untuk sisa-sisa khusus di sekeliling pusat beli-belah tersebut. Di samping itu, panel solar dan bekas pengumpulan air hujan dipasang di atas bumbung untuk membekalkan air kepada sistem pencucian pinggan dan menyediakan kaedah pencucian lestari, selain mengurangkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan. 

Menerusi kempen ini, IPC Shopping Centre berusaha menjadi lebih daripada destinasi beli-belah, tetapi juga menjadi hab bagi pelupusan sampah lestari. Sejajar dengan matlamat ini, pusat beli-belah ini berhasrat untuk mengukir kenangan bermakna bagi individu dan keluarga di dalam masyarakatnya, sambil mereka meluangkan masa bersama dengan mengurangkan sisa di rumah dan menyisihkan bahan buangan untuk mengelakkan pertambahan isi kandungan tapak pelupusan, dan mengurangkan keperluan bagi bahan baharu. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Hijau dan Pusat Kitar Semula & Pembelian Balik (RBBC), layari laman web IPC Shopping Centre atau ikuti laman Facebook IPC Shopping Centre.

Comments