MASK A’BLOOM DARI ALTHEA PERKENAL 2 VARIAN BUAH BAHARU



Dengan kepelbagaian rangkaian produk kecantikannya, Korea dianggap sebagai syurga pencinta kecantikan yang ingin meningkatkan penampilan diri di samping mencari produk yang dapat memberi kepuasan hati. Hakikatnya, barangan produk kecantikan dari negara ini sangat diminati ramai hinggakan ia diberi nama jolokan K-beauty (jelitawan Korea)! 

Althea, syarikat destinasi beli-belah dalam talian untuk pelbagai produk berasaskan K-beauty, membawa aneka produk kecantikan diri ke pintu rumah anda secara terus dari Korea! Bersandarkan inspirasi trend kecantikan terkini dan pengetahuannya yang luas dalam industri K-beauty, Althea dengan bangganya melancarkan rangkaian produk terbarunya, A'bloom. 


Produk A'bloom dirumus daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dan telah diuji bagi memenuhi keperluan kulit anda. Ia dicipta sebagai pelengkap untuk rutin kecantikan dan penjagaan kulit sedia ada, dengan menampilkan pelbagai koleksi produk penjagaan kulit, solekan dan aksesori seperti kepingan masker, span mekap, produk anti jeragat dan banyak lagi. 

Sesiapa sahaja mampu kelihatan menarik tanpa perlu meluangkan masa berjam-jam di depan cermin. Yakin dengan falsafah ini, A’bloom menetapkan matlamat untuk membawa kegembiraan produk K-beauty yang segar, ringkas dan unik kepada semua peminatnya di seluruh dunia! 

Terokai keajaiban A’bloom Mask Sheets untuk kulit yang lembap dan sihat berseri! 

A'bloom Mask Sheet diperkaya dengan khasiat superfruit yang sangat baik untuk kulit. Malah, setiap keping mask mengandungi satu botol penuh (25g) yang sangat padat dan penuh dengan esen buah-buahan! Esen ini dirumus dengan formula larut air istimewa yang menghasilkan lapisan lembapan pada permukaan kulit supaya kulit kembali lembap dengan cepat dan berkesan di samping membantu kulit kekal terhidrat untuk tempoh yang lebih lama. 

Untuk membantu mask melekat sempurna pada kulit dengan selesa dan lembut, A’bloom menggunakan kepingan Tencel mesra alam yang dihasilkan daripada 100% serat eucalyptus asli. Tanpa sebarang bahan pencerah optikal, formaldehid atau logam berat, Tencel sangat sesuai untuk kulit sensitif! Bahan ini juga membolehkan pengaliran udara yang baik dan menahan lembapan dengan berkesan supaya kepingan masker kekal lembap tanpa menjadi kering di bahagian tepinya. 


Ekstrak Beri untuk Keremajaan! 

Berry-Me-Baby Anti-Aging Blueberry Mask Sheet (25g, RM3) 

Kepingan mask ini diperkaya dengan ciri-ciri antipenuaan untuk kulit yang lebih muda berseri. Kandungan bahan antioksidanya sangat berkesan untuk memperbaiki cela, meratakan tona dan menyerlahkan keserian semula jadi kulit. Esen beri yang sedikit berasid ini juga dapat membantu mengawal pH dan mengukuhkan lapisan perlindungan kulit. 

Bahan kandungan utama: 
  • Ekstrak Beri Biru – kaya dengan antioksida untuk mencerahkan dan melindungi kulit 
  • Ekstrak Delima – mengandungi estrogen untuk meratakan struktur kulit dan menganjalkan kulit 
  • Niacinamide – mencerahkan tompok-tompok gelap dan mencegah penghasilan melanin berlebihan 


Tegangkan Kulit Wajah, Elakkan Kendur! 

Coco-Me-Up Lifting Coconut Mask Sheet (25g, RM3) 

Bekalkan kulit anda dengan khasiat esen untuk mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Vitamin E dan kolagen tumbuhan memastikan agar kulit sentiasa muda, anjal dan tegang. Esen yang sedikit berasid ini juga membantu mengawal pH kulit dan mengukuhkan lapisan perlindungan semula jadi kulit. 

Bahan kandungan utama: 
  • Ekstrak Kelapa – kaya dengan Vitamin E untuk memperbaiki cela dan melicinkan kulit 
  • Ekstrak Cendawan Tremella – mengandungi kolagen untuk menganjalkan kulit 
  • Adenosine – kaya dengan ciri-ciri antipenuaan yang sangat berkesan 

Anda hanya perlukan 15 - 20 minit untuk mendapat kulit yang cantik berseri dengan adanya rangkaian penuh produk A’bloom Mask Sheets untuk pelbagai masalah kulit, seperti Moisturizing Watermelon, Brightening Lemon Lime, Nourishing Avocado dan Anti-Blemish Peach. Semua kepingan mask A’bloom diuji secara klinikal bagi memastikannya selamat untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. 


A’bloom Fruit Masks Mini Variety Pack (6 keping, RM18) 

Kit permulaan edisi terhad mengandungi kesemua 6 varian buah untuk kepingan masker A’bloom dalam pek mini yang comel, segar dan menyeronokkan untuk dicuba! 

A’bloom Fruit Mask Sheets (RM3 setiap satu; Beli 10 dan dapatkan diskaun 10%*!) boleh dibeli secara eksklusif di laman web Althea: https://my.althea.kr

*Tertakluk kepada terma & syarat 

Untuk maklumat, promosi dan pelancaran produk K-beauty yang terkini, jangan lupa ikuti Althea di Facebook: https://www.facebook.com/altheamalaysia dan Instagram @altheakorea.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI