MUDAH AUTO LANCAR JUALAN KERETA TERBESAR DI MALAYSIA



Mudah Auto, ‘Malaysia’s No.1 Car Marketplace’, ialah sebahagian daripada Mudah.my telah memperkenalkan inisiatif terbaharunya, ‘Jualan Kereta Terbesar di Malaysia’. Kempen terbaharu oleh Mudah.my ini tertumpu kepada usaha menyediakan platform untuk rakyat Malaysia membeli kereta mereka sendiri pada nilai terhebat yang sesuai dengan kehendak mereka pada nilai terhebat. 

Seiring dengan langkah negara memasuki fasa Pemulihan di dalam usaha membantu mengukuhkan ekonomi Malaysia, Jualan Kereta Terbesar di Malaysia ini menunjukkan sokongan Mudah.my terhadap Pelan Pemulihan Ekonomi Berjangka Pendek Kerajaan. Bagi membantu merangsang pemulihan industri kereta terpakai, lebih 1,600 pengedar kereta terpakai di Mudah.my akan menawarkan diskaun tambahan, pada kadar minimum 10% daripada harga tersenarai bagi kempen ini. Sehingga kini, terdapat lebih 7,000 kereta yang telah disenaraikan untuk Jualan Kereta Terbesar di Malaysia, sebagai tambahan kepada lebih 80,000 kenderaan terpakai yang sedia ada di dalam Mudah.my. 

Gaurav Bhasin, Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my

“Kempen Jualan Kereta Terbesar di Malaysia adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan Mudah.my, #supportlokal yang membantu perniagaan-perniagaan Malaysia tumbuh dan pulih daripada situasi wabak penyakit yang tidak pernah dialami sebelum ini. Sebagai sebuah jenama yang memberi tumpuan khusus kepada rakyat Malaysia, misi Mudah.my adalah untuk mendemokrasikan perdagangan dengan memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk menjual atau membeli antara sesama tanpa bayaran. Juga dengan penuh keterujaaan, kami mengisytiharkan bahawa Mudah.my turut menyasarkan untuk acara ini dicatat ke dalam Malaysia Book of Records untuk kategori Jualan Kereta (Dalam Talian) Terbesar di Malaysia. Ini merupakan sesuatu yang amat bermakna untuk kami kerana merangkul rekod pertama seumpamanya adalah bukti komitmen Mudah.my kepada para pengguna kami di samping fokus kami untuk memberikan tawaran terbaik kepada pelanggan secara berterusan. Selain itu, Mudah.my akan menjadi marketplace pertama seumpamanya yang tercatat di dalam Malaysia’s Book of Records apabila kami meraihnya kelak,’’ kata Gaurav Bhasin, Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my. 

“Meskipun kempen ini diterajui Mudah Auto, kami ingin menyatakan bahawa tawaran-tawaran dan diskaun menarik untuk kereta terpakai yang hanya ada semasa Jualan Kereta Terbesar Malaysia tidak akan menjadi realiti tanpa sokongan pengedar kereta kami. Kami gembira menjalinkan kerjasama untuk melonjakkan jualan menerusi 8 juta pengguna bulanan Mudah.my. Mewakili Mudah.my, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada setiap pengedar kereta yang telah membantu menjayakan kempen ini, dan bersama, kita akan mencatatkan sejarah sebagai antara pemegang rekod di Malaysia,’’ kata Peter Wong, Ketua Mudah Auto. 


Jualan Kereta Terbesar Malaysia telah bermula pada 15 Jun 2020 sehingga 15 Julai 2020. Rakyat Malaysia boleh melayar laman web Mudah.my atau memuat turun aplikasi Mudah.my untuk mencari tawaran kereta yang ada. 


Feature photo: Business photo created by freepik - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN ‘FRAMED’ GANDINGAN MEERQEEN DAN MIMI LANA BERMULA 3 MEI DI ASTRO PREMIER