COVID-19: #SALUTETHEGOODNESS DENGAN CADBURY DAIRY MILK
Semenjak penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, kebanyakan isi rumah berpendapatan rendah berhadapan dengan cabaran untuk mendapatkan makanan. Situasi yang luar dari kebiasaan ini menjadikan keperluan makanan menjadi keutamaan yang penting bagi komuniti yang terjejas dalam mendapatkan akses kepada makanan.
Di dalam saat yang getir ini, kebanyakan rakyat Malaysia tampil untuk memberi bantuan dan berkongsi kebaikan dengan membantu untuk menghulurkan bantuan makanan kepada golongan yang terkesan akibat PKP ini. Terdorong oleh ini, Cadbury Dairy Milk, jenama coklat terkemuka dibawah Mondelez International turut mengadakan kempen bantuan yang diberi nama #SaluteTheGoodness dengan kerjasama Food Aid Foundation untuk bersama- sama berkongsi kebaikan kepada golongan yang memerlukan..
Selari dengan objektif Cadbury Dairy Milk untuk berkongsi kebaikan, jenama ini komited dalam membantu dan menyokong komuniti yang kurang bernasib baik dalam mengharungi saat kritikal sebegini. Justeru, usahasama ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak kegembiraan kepada 4,000 keluarga B40 yang memerlukan 360,000 bantuan makanan.
“Waktu sebegini telah menguatkan kepercayaan Cadbury Dairy Milk bahawa There’s Goodness in Everyone atau “Terdapat Kebaikan Pada Setiap Insan” dan ianya dapat dilihat di kalangan masyarakat pada hari ini dimana sikap murah hari rakyat Malaysia amatlah teserlah. Kami juga berasa amat bangga kerana diberikan peluang untuk membantu rakyat negara ini yang terjejas dan berkongsi kebaikan serta mewujudkan sedikit semangat positif bagi mereka yang memerlukan,” kata James Kane, Pengarah Urusan Mondelez International, Malaysia dan Singapore.
Food Aid Foundation merupakan organisasi pengumpulan bank makanan yang diselenggara oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk mengurangkan pembaziran makanan dengan menyalurkannya kepada mereka yang memerlukan seperti rumah-rumah kebajikan, komuniti pelarian dan dapur gelandangan.
“Dengan sokongan dan sumbangan daripada syarikat seperti Cadbury Dairy Milk, ia telah membantu mengekalkan misi kami untuk mengakhiri kelaparan dan memberi kami harapan untuk terus membantu mereka yang memerlukan. Kami sedar bahawa objektif kami selama ini tidak mungkin dapat kami capai tanpa mereka yang terus memberi sumbangan. Kami akan sempurnakan misi ini secepat mungkin disamping memastikan hak kemanusiaan terjamin.” tambah En. Rick Chee, Pengasas Food Aid Foundation.
Dalam semangat #SaluteTheGoodness yang sama, jenama Cadbury Dairy Milk juga ingin menyampaikan sentimen yang boleh dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia dengan memberi penghargaan kepada mereka yang berada di barisan hadapan yang bekerja tanpa mengira penat lelah juga masa dan tenaga dalam usaha untuk menangani penularan virus ini. Setakat ini, jenama Cadbury Dairy Milk telah menyumbang lebih 500 karton produk Cadbury Dairy Milk kepada barisan hadapan termasuk pasukan polis dan pekerja kesihatan sebagai tanda terima kasih kepada mereka.
Untuk maklumat lanjut berkaitan Cadbury Dairy Milk Malaysia, layari laman Facebook Cadbury Dairy Milk di pautan https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha Food Aid Malaysia, layari laman sesawang mereka di pautan https://www.foodaidfoundation.org/ atau dapatkan makluman terkini mereka di laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/foodaidfoundation
Comments
Post a Comment