SUNWAY PYRAMID REALISASIKAN KEMPEN "ORDER AND COLLECT"



Dengan berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Sunway Pyramid kini membawakan pusat beli-belah mereka di hujung jari para pelanggan yang ingin mendapatkan barangan keperluan tanpa meninggalkan rumah masing-masing. Ia dapat direalisasikan menerusi kempen ‘Order and Collect’ yang dinaik taraf oleh Sunway Pyramid. 

Inisiatif yang sebelum ini hanya melibatkan khidmat pandu lalu, di mana pembeli-belah diberi peluang untuk mengambil barangan di stesen-stesen khas yang disediakan setelah ia dipesan melalui panggilan telefon, kempen ‘Order and Collect’ yang dinaik taraf tersebut kini membolehkan pembeli-belah menikmati khidmat penghantaran makanan daripada lebih 40 peruncit yang terdiri daripada peruncit makanan, minuman dan banyak lagi yang akan datang di Sunway Pyramid melalui satu senarai pesanan dan satu caj penghantaran. 

Mulai 25 Jun 2020 hingga 17 Julai 2021, pembeli-belah boleh memesan aneka makanan seperti juadah mi, snek yang lazat, pencuci mulut serta minuman kegemaran mereka melalui satu trip penghantaran menerusi www.sunwaypyramid.com. Peruncit yang menyertai inisiatif ini termasuk Genki Sushi, Village Roast Duck, Krispy Kreme, TGI Fridays, Wagyu More, Ippudo Ramen, Putien, Garrett Popcorn, termasuk makanan dan minuman gourmet yang dibekalkan oleh Sunway Resort Hotel & Spa, dan banyak lagi yang akan menyusul. 


Anda hanya perlu mendaftar masuk ke laman web Sunway Pyramid dan memilih item makanan yang ingin dipesan. Pembeli-belah digalakkan untuk membuat pesanan satu jam lebih awal untuk memberi ruang bagi penyediaan dan penghantaran – lalu pembeli boleh berlapang dada dan menikmati makanan kegemaran mereka tanpa meninggalkan rumah. 

Sebagai bonus tambahan bagi pelanggan-pelanggan yang menggunakan servis ‘Order and Collect’ sepanjang bulan yang pertama, mereka dapat menikmati khidmat penghantaran percuma dari 25 Jun hingga 26 Julai 2020 menerusi pembelian minimum berjumlah RM20, termasuk 5X mata ganjaran Sunway Pals dan kod promo RM5 bagi resit pembelian mereka. 

Ketua Pegawai Operasi Sunway Pyramid, Kevin Tan menjelaskan bahawa servis tersebut telah diperkenalkan untuk menangani kekhuatiran pelanggan tentang keselamatan mereka, serta menawarkan keselesaan kepada para pelanggan untuk terus menikmati makanan dan minuman kegemaran mereka. 

“Sistem ‘Order and Collect’ yang dinaik taraf ini bertujuan untuk menawarkan kemudahan bagi pembeli-belah sementara kita cuba mengembalikan operasi harian serta perkhidmatan yang lain secara beransur-ansur. Dengan cara ini, para pelanggan masih dapat merasai pengalaman yang ditawarkan oleh Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway dari keselesaan rumah masing-masing, di samping menyokong kelangsungan operasi perniagaan para peruncit,” ujar beliau. 

Inisiatif ‘Order and Collect’ juga dapat direalisasikan menerusi kerjasama dengan penawar khidmat penghantaran, MatDespatch yang akan mengendalikan tugas penghantaran dari pusat beli-belah berkenaan ke lokasi pelanggan. MatDespatch akan membuat penghantaran dengan menggalas tanggungjawab yang sejajar dengan amalan keselamatan dan kebersihan seperti yang diwartakan bagi semua item makanan dan minuman. 

Buat masa ini, khidmat penghantaran disediakan di kawasan Lembah Klang. Kadar penghantaran bermula daripada RM7 dan kenaikan dalam jumlah kadar berkenaan bergantung pada lokasi pelanggan. Kadar penghantaran akan dikira dan dipaparkan di seksyen pembayaran atau “checkout”. 

Kempen baharu ini akan dilancarkan di Sunway Pyramid terlebih dahulu, disusuli dengan rancangan untuk memperkenalkan inisiatif yang sama di pusat-pusat beli-belah Sunway yang lain sepanjang tahun ini dan tahun 2021. Bagi pembeli-belah yang ingin mengambil sendiri pesanan mereka di stesen-stesen ‘Order and Collect’ yang terletak di luar pusat beli-belah berkenaan, mereka masih boleh berbuat demikian kerana stesen-stesen ini akan terus digunakan. 

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau membuat pesanan, sila layari www.sunwaypyramid.com


Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA