WAJIB TONTON: DOKUMENTARI “MH17: MENCARI KEBENARAN”



Genap enam tahun kita menantikan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh di Grabovo, Donetsk yang terletak di Timur Ukraine, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Ukraine-Russia dalam kejadian pada 17 Julai 2014. 

Pesawat Boeing 777 tersebut ditembak jatuh misil antipesawat BUK ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru penerbangan. 

Sehingga hari ini misteri MH17 belum terjawab. Adakah ia satu kesilapan tragis? atau perbuatan disengajakan? Angkara pemberontak? Siapakah dalang di sebalik kejadian tembakan ini? 


Vasily Prozorov, bekas Pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU) dan Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “Ukrleaks” cuba menjawab pelbagai persoalan dalam sebuah dokumentari berjudul “MH17: Mencari Kebenaran”. 

Walaupun pihak berkuasa Ukraine menunjing jari ke arah kumpulan pemberontak pro-Rusia di wilayah Donbass, Ukraine atas kejadian tersebut dengan pembabitan kerajaan Rusia, Prozorov mempunyai teori lain. 

“Ramai penyiasat persendirian menyedari pelbagai kelemahan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Kiev. Oleh itu, saya memulakan siasatan sendiri untuk mencari maklumat yang tidak dinyatakan dalam laporan tersebut,” kata Prozorov yang pernah berkhidmat dalam SBU selama lebih 15 tahun. 

Prozorov dan beberapa sukarelawan telah mengeluarkan dana sendiri untuk membiayai projek tersebut yang memakan masa kira-kira 5 bulan untuk disiapkan. 

“Terdapat banyak persoalan yang misteri dalam tragedi MH17 ini. Siapa sebenarnya dalang di sebalik kejadian tembakan tersebut? Siapa yang mendapat manfaat daripada tragedi ini? Mengapa Kiev tidak menutup ruang udara di atas zon konflik? Apa yang berlaku terhadap kakitangan penghantar yang terlibat sejurus selepas siasatan? Siapa pula yang mengaku sebagai pegawai khas British?” tanya Prozorov lagi. 

“Oleh itu, saya percaya dokumentari ini boleh membuka mata masyarakat untuk terus berfikir tentang perkara yang sebelum ini tidak terlintas di minda”. 

Dalam dokumentari ini, Prozorov juga mendapat hak eksklusif maklumat orang dalaman yang merupakan saksi tidak langsung tragedi Boeing tersebut. Sepanjang siasatan, beliau mengkaji banyak laporan dalaman yang dikeluarkan oleh badan kerajaan Ukraine dan menemu ramah ramai saksi di samping kepakaran dan perspektif beliau sepanjang perkhidmatannya dalam SBU. 

Dokumentari yang berdurasi kira-kira 40 minit tersebut dibahagikan kepada dua bahagian dengan analisa Prozorov berkaitan laporan rasmi yang dikeluarkan dan kompilasi kenyataan yang dibuat oleh pihak berkuasa Ukraine dan pasukan penyiasat bersama. 

Dalam bahagian kedua pula, beliau berkongsi pandangan dan mengutarakan hujahnya untuk mendesak orang ramai membuat kesimpulan sendiri berkaitan tragedi MH17.

Saksikan dokumentari secara percuma di laman sesawang dan platform Youtube dengan sari kata dalam Bahasa Melayu, Cina, Jerman, Perancis dan Sepanyol.




Sehingga hari ini, dokumentari tersebut telah disaksikan oleh lebih daripada 2 juta penonton. 

Dokumentari juga boleh ditonton di:


Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Vasily Prozorov
Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “UkrLeaks”
Emel: ukr-leaks@inbox.lv
Laman Sesawang: https://ukr-leaks.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI