GSC & AURUM THEATRE DIBUKA SEMULA DENGAN PROMOSI MERIAH!



Setelah “berehat” tiga bulan, Golden Screen Cinemas (GSC) dan Aurum Theatre bakal menemui para penggemar filem pada 1 Julai ini dengan pelbagai promosi dan diskaun. Bagi mencegah penularan COVID-19, GSC komited untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan engikut panduan yang telah diwartakan oleh kerajaan.

KUNJUNGAN TANPA SENTUHAN 

Sebagai langkah keselamatan, GSC bakal melaksanakan prosedur tanpa sentuhan untuk para penonton yang berkunjung ke GSC dan Aurum:

1. Pembelian Tiket & Kombo secara Online 
Pengunjung digalakkan membeli tiket dan konsesi secara online untuk mengelakkan sentuhan dan mengamalkan penjarakan sosial. Pembelian boleh dilakukan melalui aplikasi GSC dan laman web GSCdi www.gsc.com.my

2. Borang Deklarasi Digital untuk Penjejakan Kontak
Pengunjung yang tiba di GSC atau Aurum diwajibkan mengimbas kod QR di pintu masuk untuk melengkapkan borang deklarasi atau mengisi borang secara manual untuk pengunjung yang tidak mempunyai telefon pintar. 

3. Pemeriksaan Suhu
Pengunjung yang mmpunyai suhu 37.5 darjah Celsius dan ke atas tidak dibenarkan masuk ke dalam panggung. Mengikut SOP yang diwartakan oleh Majlis Keselamatan Negara, MKN), kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan warga tua melebihi 60 tahun tidak dibenarkan masuk. 

4. Ambil, Imbas dan Nikmati Tayangan Filem!
Pengunjung yang telah membeli combo secara online boleh mengambil makanan kombo mereka di kaunter konsesi dengan mengimbas kod QR di tiket.


KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI PAWAGAM

GSC bakal melaksanakan prosedur pembersihan dan sanitasi yang diperketatkan untuk kunjungan ke pawagam tanpa rasa bimbang.

1. Pembersihan Berjadual yang Kerap
Sebelum pembukaan, setiap lokasi GSC dan Aurum Theatre telah dibersihkan secara menyeluruh termasuk pawagam dan kemudahan awam seperti tandas, e-kiosks, kaunter, pemegang pintu, butang lif, pemegang tangan, dan ekskalator. Proses sanitasi akan diteruskan selepas pembukaan. Tambahan lagi, tempat duduk akan didisinfeksi dan dilapkan selepas setiap tayangan filem.

2. Penjarakan Sosial dan Pengawalan Orang Ramai
Penanda jarak 1 meter akan ditampal di kawasan yang memerlukan pengunjung untuk beratus bagi memastikan penjarakan sosial. Keramaian orang juga akan dikawal di kawasan umum dan di dalam pawagam. 

Tempat didudk bersebelahan, di kiri kanan dan depan belakang akan dikosongkan untuk memastikan pejarakan sosial dipatuhi.

3. Amalan Kesihatan Terbaik Untuk Warga Kerja GSC
Untuk memastikan warga kerja GSC adalah sihat untuk menjalankan tugas, mereka akan dikehendaki memeriksa suhu badan sebelum mula bekerja. Mereka juga diwajibkan untuk memakai pelitup muka. 

Walaupun pengunjung tidak diwajibkan untuk memakai pelitup muka, ia digalakkan apabila mereka keluar daripada dewan dan bergerak di kawasan awam. 

4. Kemudahan Pensanitasi Tangan Beralkohol
Pensanitasi tangan disediakan di kawasan umum termasuk di kaunter tiket, konsesi dan checkpoint untuk kegunaan para pengunjung.


NILAI HEBAT DI HUJUNG JARI ANDA

Pelbagai promosi telah disediakan untuk meraikan “kepulangan” anda GSC. Sila rujuk promosi yang tertera di bawah:







Untuk maklumat lanjut, sila ikuti akuan media sosial GSC dan Aurum di Facebook, Twitter, atau Instagram (GSC) atau Instagram (Aurum)

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA