AIA LANCAR DUA PELAN PERLINDUNGAN KESIHATAN INOVATIF

 


AIA Malaysia hari ini mengumumkan dua pelan kesihatan dan perubatan komprehensif baru sebagai sebahagian daripada pendekatan berteraskan kesihatan syarikat insurans dan takaful terkemuka tersebut dalam mengembangkan portfolio penyelesaian kesihatannya. 

A-Life Beyond Critical Care adalah pelan penyakit kritikal pertama AIA yang melindungi sejumlah 180 penyakit dengan menawarkan perlindungan penyakit kritikal hujung-ke-hujung. A-Plus Total Health pula adalah pelan kesihatan takaful yang bertindak sebagai penyelesaian kesihatan sehenti buat seisi keluarga yang membolehkan para pelanggan melindungi sehingga enam orang ahli keluarga dibawah satu pelan yang sama. 

Kedua-dua pelan tersebut menyokong kesihatan para pelanggan secara menyeluruh – dari peringkat pencegahan dan pengesanan awal melalui AIA Vitality dan pemeriksaan kesihatan, sehingga peringkat rawatan dan pemulihan untuk memastikan bahawa mereka sentiasa mendapat akses kepada penjagaan yang berkualiti. 

Berucap pada majlis pelancaran hari ini, Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata: “Dengan ketidakpastian yang berlaku berikutan pandemik yang berlarutan serta peningkatan jumlah masalah kesihatan dan penyakit kritikal yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, ianya kini menjadi lebih penting untuk mengutamakan kesemua aspek kesihatan kita. Pelancaran A-Life Beyond Critical Care dan A-Plus Total Health adalah kesinambungan dari usaha kami di AIA untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada penyelesaian yang mencegah, melindungi, dan menyokong mereka sepanjang perjalanan kesihatan mereka. 

“Penambahan produk terbaru kepada portfolio Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh (Total Health Solution) kami ini telah dibangunkan berdasarkan pemahaman mendalam mengenai keperluan dan kehendak perlindungan kesihatan dan perubatan para pelanggan. Kami amat gembira dapat menawarkan penyelesaian yang mampu memenuhi permintaan tersebut, dan pada masa yang sama kekal komited terhadap tujuan sebenar AIA iaitu untuk membolehkan para pelanggan kami Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna,” tambah beliau. 

Tahap kesihatan di kalangan rakyat Malaysia didapati merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan peningkatan spesifik terhadap beberapa penyakit kritikal. Seperti yang dilaporkan di dalam Malaysia National Cancer Registry[1], kes kanser baru yang dicatatkan dari tahun 2012 hingga 2016 meningkat kepada 115,238 berbanding 103,507 antara tahun 2007 dan 2011. Serangan jantung pula kekal sebagai penyumbang utama kematian negara untuk tahun yang ke-14[2]. Apa yang lebih membimbangkan adalah 1.7 juta orang di Malaysia hidup dengan tiga faktor risiko utama penyakit kardiovaskular: kencing manis, hipertensi dan tekanan darah tinggi[3]

Walau bagaimanapun, kesedaran ketara terhadap kepentingan kesihatan di kalangan rakyat Malaysia mula meningkat berikutan penularan wabak COVID-19. Satu tinjauan yang dijalankan oleh AIA baru-baru ini sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia menunjukkan minat untuk mempertingkatkan tahap kesihatan mereka. 45% daripada mereka kini bersenam dengan lebih kerap, dan 43% pula, mengamalkan permakanan sihat sejak PKP bermula. Justeru itu, AIA melihat keperluan untuk memperluaskan tawaran pelan berkaitan kesihatan dengan dua pelan yang bukan sahaja dapat melindungi rakyat Malaysia apabila dijangkiti penyakit, tetapi memperkasa mereka untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat. 

A-Life Beyond Critical Care melangkaui produk penyakit kritikal biasa dengan menangani keperluan perlindungan pelanggan pada setiap peringkat perjalanan kesihatan mereka apabila menghidap penyakit serius. Tidak seperti pelan penyakit kritikal lain di pasaran, ia memberikan pembayaran sekaligus 100% terhadap semua peringkat diagnosis – termasuk pengesanan awal dan pertengahan. Pelan yang mengiktiraf kepentingan pencegahan dan pengesanan awal penyakit sebagai kunci kepada rawatan dan pemulihan ini juga turut memberikan ganjaran buat pelanggan yang kekal sihat menerusi pelbagai manfaat inovatif seperti bonus tunai tahunan sehingga 20% daripada premium tahunan. Selain itu, pelanggan yang tidak membuat tuntutan akan menerima sehingga 150% daripada jumlah premium yang telah dibayar apabila pelan mereka matang. 

A-Plus Total Health telah direka untuk pelanggan yang inginkan penyelesaian perlindungan patuh syariah dan mencari pelan kesihatan fleksibel yang menyeluruh dengan akses kepada penjagaan berkualiti. Pelan ini dilengkapi ciri dan faedah yang dapat membantu para pelanggan memahami dan mengurus kesihatan, penyakit dan pemulihan mereka untuk memberikan perlindungan dan sokongan hujung-ke-hujung. Ciri unik Health Wallet AIA juga didatangkan bersama pelan ini untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang kekal sihat. A-Plus Total Health ditawarkan melalui pelan Takaful Keluarga AIA PUBLIC Takaful Bhd. iaitu A-Life Ikhtiar, yang boleh disertai oleh individu berusia antara 14 hari dan 70 tahun. 

Ketika majlis pelancaran, AIA turut mengumumkan tawaran keahlian AIA Vitality secara percuma selama tiga (3) bulan yang merupakan sebuah program perubahan tingkah laku unik yang membolehkan individu mengawal kesihatan, kehidupan dan kesejahteraan mereka. Tawaran istimewa ini tersedia buat semua pelanggan sedia ada mahupun baru yang membeli mana-mana polisi insurans hayat atau menyertai pelan takaful AIA yang baru dari 5 Ogos hingga 30 September 2020. 

Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd

“Kami cukup teruja dapat memperluaskan program AIA Vitality kepada lebih ramai rakyat Malaysia menerusi tawaran ini, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk mengalami sendiri manfaat program serta bagaimana ia dapat membantu memperkasakan mereka dalam membuat pilihan positif dan sihat setiap hari. Kami yakin bahawa hasil yang terbukti dari AIA Vitality akan dapat membantu menggerakkan Malaysia ke arah yang lebih sihat dari segi fizikal dan mental. Bersama dengan duta kami, Datuk Nicol David, kami berharap untuk terus memberi motivasi kepada orang ramai dalam perjalanan mereka untuk mencapai tahap kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik,” jelas Ben. 

Untuk maklumat lanjut mengenai A-Life Beyond Critical Care, A-Plus Total Health dan tawaran keahlian tiga bulan percuma AIA Vitality, sila layari www.aia.com.my




Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!