KATAKAN YA KEPADA PERSEMBAHAN CEGAH FLU NORMA BAHARU


Kesedaran pencegahan flu mendapat rangsangan daripada artis terkenal Malaysia apabila mereka bersatu dan berganding bahu mengadakan persembahan secara dalam talian istimewa yang akan disiarkan pada hari Khamis, 10hb September pada jam 9 malam bagi menyokong Kempen Cegah Flu Norma Baharu! 

Dipelopori oleh Immunise4Life, kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk melindungi diri mereka dan menyokong pencegahan flu dengan mengambil langkah-langkah menghalang jangkitan flu. Untuk berbuat demikan, Immunise4Life menggalakkan rakyat negara ini beramai-ramai mengunjungi laman web kempen di www.actoflove.ifl.my dan menyokong tujuannya dengan hanya klik pada butang ‘KATAKAN YA kepada pencegahan flu’. 

Persembahan dalam talian ini bertujuan mengumpulkan lebih ramai rakyat Malaysia dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai flu sebagai satu penyakit serius yang boleh membawa kepada akibat yang teruk. 

“Kita selalu memandang rendah kepada betapa teruknya serangan flu ini. Ramai orang menganggapnya sebagai perkara remeh tetapi individu yang mendapat jangkitan flu boleh mengalami pneumonia, kegagalan pelbagai organ dan malah meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi,” jelas Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal program Immunise4Life (IFL). 

“Inilah sebabnya mengapa pencegahan flu sangat penting. Langkah-langkah pencegahan ini mesti menjadi sebahagian daripada norma baharu kita: kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, elakkan menyentuh muka, mulut dan hidung; menjauhi orang yang batuk atau bersin dan paling penting, dapatkan vaksin untuk melawan flu setiap tahun.” 

Dalam temuramah yang diadakan baru-baru ini, Prof Zamberi Sekawi, Pengerusi Malaysian Influenza Working Group dan Profesor Mikrobiologi Perubatan menambah, “Kesedaran mengenai flu kian meningkat disebabkan pertambahan mendadak kes flu pada penghujung 2019, sebelum COVID-19 menelan semua perhatian kita. Walaupun transmisi bagi kedua-duanya serupa, kita mesti ingat perbezaan utamanya: flu boleh dicegah dengan vaksin! Kita tidak boleh berasa selesa hanya kerana Malaysia tidak mempunyai musim flu yang ketara - virus ini berlegar sepanjang tahun, dan daripada jangkitan besar-besaran yang lalu menunjukkan kita tidak bersedia menanganinya. Inilah sebabnya mengapa kita perlukan kempen seperti ini, untuk menyebarkan mesej seluas mungkin.” 

Diong Chae Lian menjadi penyokong vaksinasi flu apabila dia menyedari kepentingan perlindungan untuk ibu bapanya yang sudah tua. “Saya mula belajar mengenai cara penjagaan warga emas dan betapa mudahnya mereka untuk mendapat jangkitan menyedarkan saya bahawa saya perlu memastikan mereka diberikan vaksin. Bapa saya menghidap penyakit Parkinson’s dan ibu pula agak keberatan kerana dia tidak memahami perlunya vaksin flu ini, tetapi saya tetap bertegas kerana saya tidak mahu kehilangan mereka disebabkan penyakit seperti flu yang boleh dicegah dengan vaksin. Ia menenangkan fikiran saya kerana tahu mereka terlindung daripada jangkitan flu.” 

Dengan kesedaran pentingnya pengetahuan mengenai pencegahan flu, selebriti tempatan seperti Jaclyn Victor, DeFam dan Talitha turut menunjukkan sokongan mereka terhadap kempen tersebut dengan meminjamkan suara mereka untuk persembahan dalam talian itu. 

Dikendalikan oleh pengacara dan penyanyi Tamil popular MK atau Muthu Kumara dan emcee Jeremy Teo, konsert dalam talian ini membawakan pelbagai pertunjukan menarik oleh Jaclyn Victor, kumpulan penyanyi wanita Malaysia De Fam, penyanyi-penulis lagu Talitha, sensasi pop Jeryl Lee Pei Ling, ahli silap mata terkemuka Malaysia Andrew Lee, pelawak Kavin Jay, beatboxer Sawyer Leong, dan juga penampilan istimewa oleh Douglas Lim serta persembahan tarian oleh pelakon kanak-kanak Debbie Loo. 

“Apabila mendengar mengenai tujuan usaha ini yang dikhususkan buat semua rakyat Malaysia, saya rasa sangat gembira. Saya ada 2 orang anak dan sebagai ibu, saya tahu betapa pentingnya untuk mereka selamat daripada sebarang ancaman kesihatan, termasuk flu,” kata Jaclyn Victor. 

Menguatkan lagi sokongan kepada pencegahan flu, supergroup De Fam turut menggesa peminat mereka supaya menjadi proaktif, dengan berkata “Memang sangat penting untuk kita kekal sihat terutama pada masa sekarang, satu (1) caranya adalah dengan mengambil suntikan pencegahan flu.” 

“Pada masa kita bersama-sama melawan COVID-19, jangan kita lupa bahawa ada lagi penyakit berbahaya yang kita boleh cegah sekarang. Saya percaya bahawa mengambil langkah-langkah ke arah pencegahan flu adalah salah satu cara untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri serta orang yang saya sayang,” kata Talitha. 

Jangan lupa menonton tayangan perdana ini pada Khamis, 10hb September 2020 pada jam 9 malam, untuk menyaksikan persembahan penghibur-penghibur berbakat ini di laman web www.actoflove.ifl.my, di saluran www.youtube.com/immunise4Life, dan juga di laman https://www.facebook.com/Immunise4Life. Selepas tayangan perdana ini, persembahan dalam talian akan diteruskan tayangannya untuk tontonan awam di platform yang disebut di atas. 

Lawati www.actoflove.ifl.my untuk mengetahui lebih lanjut dan KLIK untuk mengatakan YA kepada pencegahan flu! 


Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA