DUTCH LADY PERKENAL FORMULASI DAN WAJAH BAHARU

 


Dutch Lady, jenama tenusu No. 1 di Malaysia telah memperbaharui keseluruhan rangkaian produk Susu Cecair dan Susu Tepung Keluarga Dutch Lady dengan wajah baharu dan resipi yang lebih baik. Menurut Kajian Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS) dan Kajian Morbiditi Kebangsaan ke-4 (National Health and Morbidity Survey 2019), Malaysia mempunyai dua masalah bebanan nutrisi iaitu kekurangan zat makanan (terbantut) dan pemakanan berlebihan (obesiti) di kalangan kanak-kanak dan sebahagian populasi orang dewasa. Menyedari hakikat ini, Dutch Lady komited untuk membekalkan produk yang berkhasiat kepada rakyat Malaysia, sejajar dengan Agenda Kesihatan Nasional.

Sebagai peneraju pasaran, rangkaian produk Dutch Lady ini bakal membuka lebih ruang dalam kategori nutrien protein untuk mengatasi masalah bebanan nutrisi dan ketidakseimbangan dan jurang khasiat di kalangan rakyat Malaysia. Resipi yang lebih baik untuk rangkaian produk baharu Dutch Lady ini juga memenuhi kriteria Pilihan Lebih Sihat Malaysia (Healthier Choice Malaysia) bagi kategori susu, meliputi kriteria seperti kandungan kalsium dan kandungan jumlah gula. Logo Pilihan Lebih Sihat Malaysia ini akan dipamer di pek-pek Dutch Lady untuk memastikan pilihan pengguna adalah tepat ketika membuat keputusan pembelian.

Jenama yang tidak asing bagi isi rumah di Malaysia, Dutch Lady membekalkan produk susu yang lazat and penuh berkhasiat sejak 57 tahun yang lalu kepada rakyat Malaysia tanpa menjejaskan kualitinya. Kali ini, Dutch Lady turut memperbaharui rangkaian Susu Cecair dan Susu Tepung Keluarga dengan resipi yang lebih baik, dilengkapi dengan nutrien penting seperti protein, kalsium dan vitamin A, B2 and D3, untuk terus menyokong pertumbuhan badan, otot dan tulang. Ini memastikan individu dan keluarga kekal sihat dan berdaya tahan tinggi dan seterusnya mewujudkan komuniti yang kuat dan bersatu padu.

“Susu Minuman Dutch Lady sememangnya pilihan ramai pengguna di Malaysia dan kami teruja untuk berkongsi wajah baharu dan resipi yang lebih baik ini di Malaysia. Selaras dengan warisan 140-tahun tenusu Belanda ianya merupakan misi kami untuk terus membekalkan pengguna dengan susu berkualiti tinggi penuh dengan nutrisi tenusu yang baik bagi mewujudkan Malaysia yang sihat dan berdaya tahan tinggi terutamanya dalam waktu yang getir seperti sekarang,” kata Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad, Tarang Gupta. 

Selain memperkenalkan formulasi susu yang baharu, Dutch Lady turut menguatkan komitmennya dalam inisiatif lestari, dengan pek yang diperbuat dari bahan pembungkusan yang bersumber sepenuhnya dari hutan yang diperakui oleh Forest Stewardship Council (FSC) dan sumber terkawal lain. Ini adalah sejajar dengan usaha berterusan Dutch Lady untuk meningkatkan usaha lestari melalui pendidikan dan meningkatkan kesedaran kitar semula.

Pek baharu Dutch Lady juga akan mempunyai maklumat langkah-langkah untuk mengitar semula bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna sekali gus mendorong amalan kitar semula dalam kalangan pengguna di Malaysia. Dengan mengimbas kod QR yang terdapat pada setiap pek turut memberi pengguna lebih maklumat lanjut mengenai lokasi pusat kitar semula,langkah-langkah kitar semula dan faedah kitar semula

Dengan resipi yang lebih baik dan inisiatif untuk terus meningkatkan tahap nutrisi dan usaha lestari. Dutch Lady dapat terus merapatkan jurang pemakanan dengan memberi khasiat kepada pengguna dan memperkuatkan komuniti di sekitar mereka. Produk susu Dutch Lady yang baharu dan ditambah baik ini boleh didapati di semua pasar raya besar dan pasar raya, dan juga platform e-dagang mulai bulan Ogos.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang diperbaharui ini, log masuk ke Instagram dan laman Facebook Dutch Lady di https://www.instagram.com/dutchladymy dan https://www.facebook.com/dutchladymalaysia atau layari laman sesawang Dutch Lady di www.dutchlady.com.my.

 


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM