"GO GO SMASHER" DIAN HASHIM DILAMAR KRU MUSIC



Pernah meraih 900 ribu tontonan di YouTube untuk persembahnnya yang memakai nama ‘Go-Go Smasher’ di pentas I Can See Your Voice musim pertama, Dian Hashim, tidak pernah berputus asa untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian sejak berumur 4 tahun lagi. 

Berumur 21 tahun, graduan Diploma Vokal dan Seni Suara, Fakulti Muzik UiTM Shah Alam ini juga pernah memenangi pingat emas dalam pertandingan ‘Choral Music’ mewakili kumpulan koir Universiti Teknologi MARA, UiTM Chamber Choir (UCC) di Jerman dan Poland tahun 2019. 

Penglibatan Dian Hashim atau nama penuhnya Nordiana Shalieza Binti Che Hashim dalam industri muzik tanah air telah menarik minat Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, Dato’ Norman Abdul Halim untuk menawarkan kontrak kepada beliau sebagai artis rakaman KRU Music. 

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim selaku Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, “Single "Aku Wanita" dapat menonjolkan kelainan dan keunikan suara Dian. Semasa dalam proses pembikinan lagu dan perbincangan mengenai genre yang sesuai buat beliau, pihak KRU Music mendapat kata sepakat untuk mengetengahkan lagu catchy dan trendy yang lebih bersesuaian dengan peribadi Dian. Mempunyai "vocal range" yang unik, Aku Wanita diharapkan berjaya menempa nama dipersada industri muzik tanahair sebaris dengan penyanyi- penyanyi yang sudah berjaya.” 



Kata Dian Hashim pula, “Syukur kepada Allah SWT kerana berkat usaha dan doa saya selama ini menjadi kenyataan. Saya sangat berterima kasih kepada KRU Music kerana memberikan peluang dan mengetengahkan lagi bakat nyanyian saya ini dengan menerbitkan single pertama berjudul Aku Wanita yang dilancarkan pada 24 Ogos. Saya berharap kehadiran saya ini juga dapat mewarnai industri hiburan tempatan dan mendapat sambutan yang positif.” 

‘Aku Wanita’ hasil nukilan Rayyan Rayhan (Komposer & Lirik) dan diterbitkan oleh KRU Music merupakan sebuah lagu berentak „catchy‟ yang bersesuaian dengan perwatakan anak gadis ini. Bait-bait lirik lagu ini mengisahkan tentang wanita yang meneruskan perjuangan dalam percintaan dan tidak mudaterpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki. Maksud lagu ini boleh dilihat dan dihayati dengan lebih mendalam menerusi video muzik yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube KRU Music. 

Lagu Aku Wanita boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan. Selain itu, lagu ini turut boleh didengari melalui platform penstriman (Spotify, Deezer, KKBOX, YouTube, Joox, Apple Music dan TikTok) bermula 24 Ogos. 

Ikuti media sosial KRU Music di Instagram, Facebook, Twitter dan TikTok untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai KRU Music.


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!