KOTEX ABADIKAN 100 WANITA MALAYSIA SEBAGAI ADIWIRA



Dekad yang lepas telah menjadi waktu penting buat semua wanita, sama ada wanita tempatan mahu pun di seluruh dunia. Kemajuan yang telah dicipta oleh wanita-wanita ini telah menjadi bukti semangat untuk berusaha demi mencapai kejayaan, tidak mengira waktu termasuk waktu haid pada setiap bulan, #SHECAN. Dalam meraikan ulang tahun Kotex yang ke 100 tahun ini, Kotex She Can Award dianjur untuk meraikan 100 wanita Malaysia dan kisah kejayaan mereka yang mengagumkan dengan mengabadikan mereka sebagai perwira wanita menerusi siri She Universe. Siri ini mengekalkan kisah sebenar bagi 100 wanita yang berkerjaya, dalam bentuk koleksi digital, yang mana menceritakan perjalanan mereka yang menakjubkan dalam mengejar kejayaan. Ini terus menjadi sumber inspirasi kepada pemimpin wanita Malaysia pada masa akan datang. 

Bagi mengembangkan penceritaan siri digital yang luar biasa ini, Kotex telah bekerjasama dengan lima artis wanita tempatan. Para artis yang berbakat ini disokong oleh Tabung Kotex She Can Fund, yang menjadi platform untuk memberi sokongan dari segi kewangan kepada wanita-wanita Malaysia yang layak untuk mencapai impian mereka. Melalui kolaborasi dengan artis-artis berbakat ini, Kotex dapat menambah baik kehidupan mereka dengan memberikan peluang keemasan untuk mempamerkan bakat dan membantu membina portfolio mereka. Lima artis yang bertanggungjawab mencipta Kotek She Can Universe yang unik ini adalah Art of Lihua, Lee Teng, Miss Eleen Studio, Tuan Nini dan Asyikin Abdullah, yang mewakili pelbagai gaya seni, termasuk seni mural, aksen cat air dan reka bentuk watak. 

“Sebahagian daripada sambutan ulang tahun Kotex ke 100, Kotex She Can Universe diperkenalkan untuk memberi inspirasi dan memperkasa generasi pemimpin wanita Malaysia untuk mengejar impian dan memecahkan tradisi dengan meraikan kejayaan luar biasa 100 perwira wanita ini. Pencapaian hebat mereka diceritakan dan dihidupkan dalam sebuah siri digital yang luar biasa, dibantu oleh lima orang artis tempatan yang berbakat. Ini juga membolehkan Kotex untuk terus menyokong industri seni tempatan dengan mencipta siri lain dari yang lain yang dikhususkan untuk wanita, yang dihasilkan oleh wanita. Bagi mengukuhkan lagi usaha kami untuk menyokong kemajuan wanita Malaysia, artis tempatan ini disokong oleh Tabung Kotex She Can Fund, yang membenarkan kami membantu artis-artis ini dengan menyediakan platform bagi mempamerkan kemahiran mereka,” kata Frenissa Lagman, Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia. 


Kesemua penerima Kotex She Can Award telah melangkaui sempadan dan mencapai kejayaan yang mengagumkan dalam industri masing-masing. Ini termasuk kisah kejayaan dalam bidang sukan, hiburan, fesyen, perubatan dan kejuruteraan. Oleh itu, sama ada bertarung di gelanggang atau di jalanan, dengan paksa atau dengan kata-kata, di darat atau di laut, untuk orang lain atau diri sendiri, masing-masing dari 100 orang perwira wanita ini telah menempuhi banyak kesukaran. Namun, tidak mengalah dalam tekanan, seperti Dr. Nur Amalina Che Bakri, Amber Chia, Yuna, Datuk Nicol Ann David, Joanne Kam, dan Hannah Yeoh di mana mereka telah menunjukkan kekuatan dan keazaman, melangkah ke hadapan untuk mencapai impian dan harapan mereka dalam apa jua keadaan. Keputusannya? Ia mencipta 100 kisah hebat yang menjadi tulang belakang koleksi pertama perwira wanita Malaysia. 

Kotex mempercayai bahawa dunia ini dipenuhi dengan wanita yang penuh semangat, bermotivasi dan tidak pernah mengalah untuk sesiapa atau apa jua keadaan, kerana haid atau tidak, She Can. Siri Kotex She Universe kini telah berada di Laman Facebook dan Instagram Kotex (@kotexmy). Mulai September 2020, siri digital ini akan disiarkan secara langsung di media sosial. Koleksi ini juga akan disusun menjadi e-buku, untuk terus memberikan inspirasi kepada generasi wanita akan datang. Tambahan pula, set bercetak eksklusif siri luar biasa ini juga akan dikongsikan dengan peminat terpilih. Oleh itu, nantikan maklumat lanjut mengenai perkara ini di media sosial Kotex!

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!