SHARIFAH SAKINAH DILANTIK SEBAGAI DUTA WHOLLYFITZ


Semakin menawan dan berkeyakinan, selebriti Sharifah Sakinah telah disunting oleh pihak pengurusan WhollyFitz sebagai Duta Rasmi WhollyFitz & WhollyFitz Flush.

Perwatakan Sharifah Sakinah yang sentiasa cergas dan berkeyakinan membuatkan pihak pemasaran utama telah memilih ikon ini bagi mempromosikan produk WhollyFitz dan WhollyFitz Flush. Di samping itu, perlantikan ini dijangka dapat memantapkan lagi kelarisan produk-produk tersebut bagi suku ketiga tahun 2020.

Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang senantiasa menyokong produk-produk WhollyFitz, sebuah promosi besar-besaran yang menawarkan  baucar-baucar yang bernilai hampir RM 50,000 untuk dimenangi dan juga sebuah Kereta AXIA. 

Pada majlis yang sama juga, pihak pengurusan telah merasmikan program “18 Days Challenge Bersama Sakinah” bagi mencabar pengguna-penguna yang menghadapi masalah berat badan untuk mencuba dan memberikan testimoni kepada keberkesanan produk WhollyFitz.

Whollyfitz masih mengekalkan visi dan misi untuk membantu pengguna yang menghadapi masalah berat badan dengan cara mengurangkan selera makan, meningkatkan metabolisme badan dan meningkatkan daya tenaga. Formulasi terbaru daripada Whollyfitz dengan pertambahan ekstrak buah lemon boleh membantu pengguna masa kini untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.


Comments

Popular posts from this blog

SHOPEE 3.8 JUALAN HARI WANITA RAIKAN SEMANGAT KETABAHAN JENAMA AKSESORI SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA

CUCKOO MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DENGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAMSUNG DAN TOURISM MALAYSIA, PERKENALKAN PRODUK KEDIAMAN SIHAT PINTAR SERTA MASKOT PERTAMA ‘HEPI’

SHOPEE BAZAR HEBAT RAYA CERMINKAN TREND PEMBELIAN BERASASKAN KANDUNGAN