TUNE PROTECT MEMPERKENALKAN APLIKASI MUDAH ALIH ON-THE-GO


Tune Protect Group Berhad (“Tune Protect”), sebuah syarikat insurans digital terkemuka sekali lagi mencatatkan satu pencapaian yang besar melalui pelancaran aplikasi mudah alihnya (“Tune Protect App”, “App”). Bertujuan untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan, App tersebut didatangkan dengan fungsi pembelian dan tuntutan untuk pelanggan melakukan urusan tersebut secara “on-the-go”, memberikan mereka pengalaman yang unik dan lancar untuk menguruskan sendiri insurans mereka secara digital, di mana sahaja, pada bila-bila masa. Pelancaran App ini amat bersesuaian dengan perubahan gaya hidup dengan Norma Baharu kerana ia memudahkan pelanggan melakukan transaksi dan menguruskan insurans mereka dalam talian. 

Menurut sebuah laporan oleh Comscore[1] pada 2018, Malaysia adalah antara 3 buah negara dengan perkongsian masa penggunaan aplikasi mudah alih yang tertinggi dengan 92%, hanya sedikit di belakang Mexico (94%) dan Argentina (95%). Menyedari potensi aplikasi mudah alih dan tabiat pengguna yang bersesuaian dengannya, Tune Protect menggabungkan keperluan pelanggan dan teknologi untuk membawakan sebuah aplikasi mudah alih inovatif yang memberikan kemudahan kepada pelanggannya. 

Aplikasi mudah alih memainkan peranan yang penting dalam pengalaman pengguna ‘Saya ingin tahu’, ‘Saya ingin pergi’, ‘Saya ingin buat’ dan ‘Saya ingin beli’[2]. Dengan App baharu ini, Tune Protect ingin mengeratkan hubungan dengan pelanggannya dengan berhubung melalui urusan seharian seperti ini di samping meningkatkan kesetiaan dan afiniti terhadap jenama tersebut. 

“Melalui pelancaran App ini, kami telah melangkah setapak ke hadapan dalam perjalanan inovasi dan perkhidmatan pelanggan kami,” kata How Kim Lian (“How”), Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Tune Protect. “Ini membuktikan komitmen firma kami dalam memacu inovasi dan seterusnya menyampaikan nilai dan perlindungan kepada pelanggan walau di mana mereka berada,” tambah How.



Ciri-Ciri dan Fungsi 

Antara ciri inovatif App ini termasuklah ‘Beli Insurans Dalam Talian’, ‘Pengurusan Polisi’, ‘Penyerahan & Status Tuntutan’, ‘Pengesahan Pengguna Yang Selamat & Pengurusan Profil’, “Pangkalan Pengetahuan’ dan ‘Hubungi Khidmat Pelanggan’. 

Bukan itu sahaja, melalui App ini, pelanggan boleh mengakses dengan mudah rangkaian produk gaya hidup dan mengikut permintaan Tune Protect dalam talian seperti Travel Easy, Motor Easy, PA Easy (Kemalangan peribadi), Dental Easy, Ride Easy (Perlindungan penumpang), EasyCare PA (Perlindungan kurang upaya), Sports+ (Perlindungan Sukan Ekstrem) dan Guard Easy (Perlindungan kes ragut). Ciri pengurusan polisi juga menawarkan akses pantas kepada semua polisi sedia ada dan lampau untuk memudahkan pengurusan sendiri dan memberi ketelusan yang lebih tinggi. Bagi tujuan ini, App tersebut membolehkan pelanggan menguruskan sendiri dan mengawal polisi insurans dengan hanya beberapa klik melalui peranti mudah alih mereka. 

Proses penyerahan tuntutan juga dipermudah dan dipercepat dengan hanya beberapa langkah mudah. Status tuntutan juga dikemas kini dan dapat dilihat oleh pelanggan kerana ia boleh dijejak melalui App tersebut. 

Selain daripada perlindungan, pelanggan juga boleh menikmati kemudahan merakam bacaan odometer melalui App ini sekiranya mereka ingin menikmati faedah Bayar Semasa Memandu (Pay-As-You-Drive, PAYD) apabila membeli insurans kenderaan Tune Protect Motor Easy. Manfaat ini memberi ganjaran bayaran balik sehingga 20% sekiranya kurang pemanduan. 

“Setiap ciri App ini direka dengan tujuan untuk menjadikannya platform sehenti dan pilihan pelanggan. Fokus kami adalah untuk menyampaikan perkhidmatan dengan nilai tambahan yang boleh digunakan oleh pengguna pada bila-bila masa, di mana sahaja, dan untuk menjadikan perlindungan mudah diakses dan diuruskan oleh pelanggan kami,” tambah How. 

Mendigitalkan Perkhidmatan Insurans 

Norma Baharu untuk sektor insurans akan menyaksikan kombinasi perlindungan dan teknologi sebagai penyelesaian yang lengkap untuk pelanggan. App ini adalah titik sentuhan untuk pelanggan baharu sebagai tambahan kepada pelbagai saluran pengedaran lain yang boleh dipilih pelanggan untuk berhubung dengan Tune Protect. 

Selepas ini, pelanggan boleh menjangkakan lebih banyak produk yang inovatif dan mengikut trend akan disediakan dalam App tersebut sebagai tambahan kepada manfaat yang lebih baik, program ganjaran, dan ciri-ciri gamifikasi dalam versi sekarang. Tune Protect bercadang untuk bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan lain bagi menampilkan manfaat dan ganjaran yang bersesuaian untuk memberikan pengalaman pelanggan yang jauh lebih baik. 

App Mudah Alih Tune Protect boleh dimuat turun melalui Apple App Store untuk peranti iOS dan Google Play Store untuk peranti Android. Untuk maklumat lanjut mengenai App ini, layari laman web Tune Protect di https://www.tuneprotect.com/.

Kredit foto: Background photo created by drobotdean - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.