HOLIDAY INN EXPRESS & SUITES TAWAR PENGALAMAN KEMBARA PINTAR DI JB


InterContinental Hotels Group (IHG®) hari ini memeterai perjanjian pengurusan dengan OSK Holdings Berhad bagi tujuan penjenamaan Swiss Inn Johor Bahru kepada Holiday Inn Express & Suites Johor Bahru pada awal tahun 2021.

Hotel dengan 203 buah bilik ini menjadi pemangkin kepada perkembangan Holiday Inn Express di Malaysia. Jenama ini juga semakin menjadi pilihan utama bagi pelancong-pelancong yang mahukan keselesaan dan ruang untuk beristirehat, dan pada masa yang sama menyiapkan tugasan. 

Berasaskan DNA yang menekankan kembara pintar, Holiday Inn Express & Suites Johor Bahru menawarkan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh para tetamu, termasuk kemudahan gimnasium, dobi layan diri, ruang mesyuarat yang fleksibel, restoran yang dibuka sepanjang hari dan kaunter bar lobi. 

Selain menawarkan penginapan terbaik, Holiday Inn Express & Suites Johor Bahru juga menyediakan sarapan Express Start percuma, pancuran mandi elektrik, tirai gelap, kelengkapan tempat tidur berkualiti tinggi dengan pilihan bantal untuk pengalaman tidur yang selesa, dan sambungan Wi-Fi tanpa had. 

All Day Dining

Serena Lim, Naib Presiden, Pembangunan untuk Asia Tenggara dan Korea, IHG, berkata, “Kami di IHG gembira kerana dapat bekerjasama dengan OSK Holdings Berhad untuk mengembangkan jenama Holiday Inn Express di Malaysia. Jenama ini memberi tawaran nilai yang baik bagi pengguna dan pemilik di beberapa buah bandar utama di negara ini, dan kami berharap dapat memperluaskan lagi jenama ini di Johor Bahru dan Kota Kinabalu dalam tempoh 12 bulan akan datang. Kami juga senantiasa mencari peluang untuk mengembangkan jenama ini di Semenanjung dan Sabah & Sarawak, seperti di bandaraya Ipoh dan Kuching.” 

"Malaysia merupakan pasaran pertumbuhan yang penting dan kami melihat segmen pelancongan sebagai struktur penting dalam strategi pertumbuhan tersebut. Ketika kami mula melihat pemulihan dari impak COVID-19 di seluruh dunia, industri pelancongan terbukti berdaya saing di mana kadar penginapan hotel telah mula menunjukkan peningkatan yang positif. Kami yakin hotel ini akan mendapat manfaat berlandaskan kekuatan jenama global ini dan dan sistem IHG yang kompetitif." tambah beliau lagi. 

Ong Ju Yan, Pengarah Urusan Kumpulan, OSK Holdings Berhad, menambah, "Kami memutuskan untuk penjenamaan semula hotel ini kepada Holiday Express & Suites Johor Bahru berdasarkan sinergi kukuh diantara reka bentuk dan nuansa hartanah ini dengan nilai jenama IHG sebagai jenama yang pesat berkembang dan popular di peringkat global. 

Reception & Lobby

Holiday Express & Suites Johor Bahru akan mendapat sentuhan halus pengubahsuaian reka bina oleh pereka kami, Ong & Ong Group, di mana elemen-elemen “JB” bakal diterapkan dalam reka bentuk estetik yang moden dan menyeronokkan. Kami berharap dapat bekerjasama dengan IHG dalam menghidupkan pengalaman jenama bagi para tetamu kami di lokasi yang selesa ini di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. 

Terletak di pusat bandaraya Johor Bahru, hotel ini mudah diakses dengan jarak pemanduan hanya 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan berhampiran dengan sempadan darat Singapura. Ia juga terletak berdekatan dengan Sistem Transit Rapid Singapura-Johor Bahru (RTS) yang bakal menghubungkan Johor Bahru ke Woodlands di Singapura. 

Dengan Johor Bahru sebagai hab pusat "Iskandar Malaysia" iaitu koridor ekonomi selatan yang diperuntukkan untuk pembangunan ekonomi yang signifikan, kawasan pusatnya menjadi tumpuan pelbagai syarikat multinasional, terutama dalam industri perkapalan, petrokimia dan pembuatan. 

Lokasi hotel ini menawarkan laluan mudah ke taman perindustrian utama serta pejabat-pejabat korporat dan kerajaan.Jarak yang berhampiran dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor juga menjadikannya tempat penginapan yang sesuai untuk perwakilan MICE yang hadir. Selain itu, pelancong boleh menikmati pelbagai pilihan membeli-belah, makanan, hiburan dan bersantai di dua buah pusat membeli-belah Johor Bahru yang popular, iaitu Komtar JBCC dan Johor Bahru City Square, serta pelbagai kafe dan tempat makan tempatan. 

Sejak dari mula lagi, IHG komited terhadap prosedur sanitasi yang ketat di semua rangkaian hotelnya di seluruh dunia. Amalan ini diperluaskan lagi dengan protokol tambahan dan amalan baik (best practices) bagi menangani COVID-19, dengan kerjasama pakar industri terkemuka Cleveland Clinic, Ecolab, dan Diversey. 

Sebagai sebahagian daripada keluarga IHG, Holiday Inn Express and Suites Johor Bahru akan mengamalkan Way of Clean IHG dan menawarkan Clean Promise IHG kepada semua tetamu. IHG mempunyai lima buah hotel yang beroperasi di bawah tiga jenama di Malaysia - InterContinental, Holiday Inn dan Holiday Inn Express. Terdapat 14 buah hotel lagi dalam perancangan pembangunan, yang akan dibuka dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Ini termasuklah pelancaran jenama Regent dan Kimpton kami. 

* Angka pada 30 Jun 2020 

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA