‘AFTERGLOW’ - HADIAH KRISMAS ED SHEERAN BUAT PEMINAT


Ed Sheeran telah meriliskan lagu baharu ‘Afterglow’ secara mengejut khas buat para peminatnya. Selain daripada artwork yang dihasilkannya sendiri, Ed Sheeran juga menampilkan video muzik lagu tersebut yang dirakam secara "one take".

Ed Sheeran berkata – “Hey guys. Afterglow is a song I wrote last year that I wanted to release for you. It’s not the first single from the next album, it’s just a song I love, and hope you love too. Enjoy ! Have a safe and happy festive break and New Year’s. Back to dad land for me now, ciao x”


Ed Sheeran merupakan artis British yang paling banyak distrim dalam tahun 2020 di United Kingdom. Ed Sheeran yang kini sedang bercuti menggubah lagu tersebut bersama David Hodges dan FRED.

Comments